Peluklah 10 Saat, Cium Isteri Pesan Yatt Hamzah

Share

Pelakon dan pengacara Haryati Hamzah atau sinonim dipanggil Yatt Hamzah berkongsi tip hubungan rumah tangga antara suami isteri sentiasa berbunga-bunga.

Baginya, suami yang romantik bukan berlandaskan pada wang dan hadiah mahal semata-mata, namun suami yang romantik adalah suami yang berjaya membuatkan isterinya berasa selesa dan gembira. 

“Antara tanda2 suami yg ROMANTIK ialah selalu buat isterinya tersenyum lebar sorang2 dan gelak besar hingga tutup mulut dan mata sepet mcm ni. Betulkan, isteri2 Solehah sekalian.. Haa meh lekas tag suami msg2. Bonda nak share ciri2 SUAMI ROMANTIK ni;

“Wahai suami2 Soleh sekalian, SUAMI ROMANTIK x semestinya yg belikan hadiah mahal, bg bunga (walaupun kita mmg harap suami selalu bg bunga & coklat), buat romantic dinner atau suprise utk kita..

“ROMANTIK x DIUKUR DG MATERIAL SEMATA2. NABI SAW adalah contoh LELAKI PLG ROMANTIK.

“Baginda tidak memewahkan isteri2 krn kehidupannya yg serba sederhana, tp sifat dan keperibadian baginda sbg suami amatlah disenangi dan membahagiakan isteri.

“11 Perbuatan yg membahagiakan ISTERI, tanda SUAMI ROMANTIK ;

1. PELUK 10 SAAT & CIUM ISTERI

Sebelum keluar rumah, biasakan peluk isteri at least 10 saat (lg lama lg bagus) dan beri ciuman ikhlas. Kuasa pelukan & ciuman membuat isteri rasa dicintai. Lakukan setiap hari sekerap mungkin. 

2. RAJIN2 WHATSAPP & TEKS ISTERI

Jgn masa bercinta je rajin wasap, dm, teks isteri. Lepas dah bertahun2 kahwin kena lbh rajin. Tak perlu ayat cinta berbunga. Cukup dg yg simple, Hi syg, I

U. I Miss U. Dah cukup buat hati isteri berbunga2. Selitkan juga ikon2 & grafik2 comel buat isteri tersenyum simpul.

3. PANGGILAN MANJA

Jgnlah sekadar panggil I you je. Selain SAYANG, panggillah isteri dg gelaran2 yg lebih kreatif dan menarik hati isteri spt ADINDA, MY QUEEN, JANTUNG HATIKU, BIDADARI, MANJA CINTA HATI, etc.. Pasti isteri cair dan happy.. Nabi SAW panggil Aisyah dg panggilan HUMAIRA’ (Kemerah2an).

4. RAJIN2 BANTU ISTERI

Ya mmg ada suami yg rajin bantu isteri. Tp lbh romantic jika sama2 bantu isteri bila dia memasak, cuci baju, cuci toilet, sidai baju, lipat kain.. Bisikkan kata2 cinta di telinganya dan selitkan lawak jenaka sikit. Mesti lg bersemangat dan hilang penat isteri buat kerja rumah.

5. SUAP ISTERI

Rajin2lah suap isteri bila makan bersama, x kiralah di dlm atau luar rumah. Lbh sweet kalau makan dr pinggan isteri dan minum dr cawannya spt yg Nabi SAW buat.

🤗

Haa ni baru 5, kalau nak lg 6 tips, lekas TAG SUAMI & KOMEN NAK,” kongsi Yatt.

Dalam perkembangan lain, Yatt kini sedang hamil anak keempat hasil perkongsian dengan suami, Mohammed Zulfadhli Khairuddin pada Februari 2016. Mereka turut dikurniakan dua orang cahaya mata, Humaira Iqlima, 3, dan Suci Hayfaa Medina berusia setahun.

Terdahulu, Yatt juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Abdul Mutalib Shukor dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Suci Hanania Malika, 7 tahun.

 Foto : Instagram Yatt Hamzah

IKLAN