Pelakon dan pelawak, Along Cham mengesahkan bakal memfailkan dan membuat pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi di Mahkamah Syariah Putrajaya, pagi ini.
Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, dijangka memfailkan pengesahan cerai taklik pada jam 11 pagi ini.
Ketika dihubungi, Along tidak mahu mengulas lanjut.
Ads
“Saya tiada komen, tapi saya bakal memfailkan pengesahan lafaz cerai secara taklik, hari ini. Kita tunggu episod seterusnya,” katanya ringkas, petik BH Online.
Semalam, Along melakukan sujud syukur dalam kandang tertuduh selepas Mahkamah Sesyen Sepang, semalam melepas tanpa membebaskannya (DNAA) atas satu pertuduhan memiliki dadah disyaki kanabis ditemui di kediamannya di Cyberjaya, Disember tahun lalu.
Ads
Bagaimanapun, Along didakwa di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dadah serta dibenarkan ikat jamin RM5,000.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber: Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Nora Danish dapat merasakan pengalaman tersendiri ketika menghadiri majlis-majlis ilmu yang disifatkan mampu mendidik hati dan jiwa jiwa agar sentiasa dekat dengan Allah SWT.
Lalu, Nora berharap agar orang ramai tidak memberikan persepsi negatif buat mereka yang sentiasa ingin mencari peluang untuk mendekatkan diri dengan acara sedemikian.
“Enam jam yang penuh dengan kesyukuran. Bicara tentang ujian dan hati daripada Ustazah Marhamah Rosli.
“Sekarang Nora faham dan mengerti kenapa ada yang bersungguh-sungguh ke majlis ilmu tanpa henti. Bukan untuk acah-acah baik, tetapi kerana kita tahu yang hati ini sentiasa berbolak balik.
“Jadi, setiap kali hadir, niat untuk isi kembali ruang-ruang kosong akibat terlupa, jahil, leka dan sebagainya. Bukan untuk merasa diri inilah yang terpaling bagus, tetapi untuk perbaiki diri yang serba serbi kekurangan,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan pelakon filem Cuti-Cuti Cinta itu menerusi hantaran di Instagram.
Katanya lagi, hatinya kini berasa amat teruja dan berkobar-kobar untuk mendalami ilmu-ilmu baharu bila setiap kali dipelawa untuk ke majlis ilmu.
“Kalau nak bercerita tentang perasaan Nora ketika ini, betapa bersyukurnya didekatkan dengan majlis-majlis sebegini, memang tidak cukup 10 pages.
“Sukar hendak digambarkan atau diungkapkan. Rasa tidak cukup, rasa ingin belajar 24/7. Jadi gian ingin tahu. Ingin belajar, lagi dan lagi. Tidak pernah jemu. MasyaAllah. Semua kerana Allah mampukan,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut berharap agar nikmat untuk memdalami ilmu agama ini tidak pernah hilang seterusnya dapat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
“Nikmat ini ingin ku simpan buat selamanya. Nanti kalau anda semua di jemput ke mana-mana majlis ilmu, hadir tau.
“Sebelum start majlis, berdoa agar kita dapat memahami, mengingati, menginsafi, dan dapat dipraktikkan dalam kehidupan kita supaya kita terus istiqomah,” akhirinya.
Selepas memutuskan untuk berhijab Julai lalu, para netizen turut tumpang gembira melihat perubahan Nora yang dilihat kerap menghadiri majlis-majlis ilmu bersama rakan-rakan selebriti.
Malah, netizen juga sentiasa menitipkan doa agar Nora istiqomah dalam perjalanan hijrahnya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nora Danish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sekejap sungguh masa berlalu, jika dahulu kita sering melihat figura genit ini menghiburkan kita dalam setiap naskah drama dan filem yang dibintanginya, hingga membuatkan ramai tak keruan melihat kecomelan raut wajah serta kepetahan yang dimilikinnya.
Kini, personaliti media sosial yang dahulunya merupakan pelakon cilik Malaysia, Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan atau lebih mesra disapa sebagai Mia Sara sudah pun menjadi anak gadis berusia 19 tahun.
Malah, semakin mempersona dengan penampilan yang lebih bersesuiaian dengan gadis seusianya. Walaupun berhijab, mia tidak tidak terikat untuk berfesyen, beliau semakin bijak menatarias gaya sehingga berjaya menarik perhatian wargamaya!
Menerusi hantaran video di laman Tik Tok miliknya, Mia memaparkan dirinya sedang menggayakan baju dengan corak warna warni yang begitu meriah, sekaligus membuatkan dia terlihat persis anak patung Barbie dalam solekan minimalis namun menyerlahkan persona wajah remajanya.
Video berkenaan dirakam Mia sewaktu bersama seorang rakan baiknya yang juga merupakan influencer media sosial, Liya Maisarah ketika mereka sedang menjalani sebuah photoshoot bersama.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan dan penampilan Mia, kebanyakan netizen bersetuju bahawa penampilan Mia kini lebih menarik dan menyerlah berbanding sebelumnya.
Malah ada juga yang menyatakan hasrat untuk memiliki baju yang diperagakan oleh Mia.
Walaupun meraih banyak pujian, namun terdapat juga segelintir netizen yang masih ‘sakit mata’ dan bertindak mengecam penampilan Mia akibat pemakaian tudung pendek dan tidak menutupi aset berharga miliknya.
Oleh itu, marilah kita mendoakan semoga Mia Sara mendapat hidayah menjadi seorang muslimah yang mengikut tuntutan syariah, berhijab dan menutup aura dengan sempurna, sebagaimana yang telah disrankan oleh agama Islam, agar tidak terus menerus mengundang kecaman dari warga maya.
Untuk rekod, Mia telah bergiat aktif dalam industri seni tanah air sejak 2008 lagi. Ketika itu usianya baru mencecah tiga tahun. Antara drama dan filem popular yang telah dilakonkan oleh Mia adalah Papa I Love You, Strawberi & Karipap serta Nur Kasih The Movie.
Sekadar inf, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Pelakon Jaa Suzuran mengulas mengenai berita penangkapan membabitkan abang dan kakak iparnya, yang juga penyanyi lagu popular Bey Soba Bey, Eda Ezrin, bersama empat lagi rakyat Malaysia di sebuah hotel di daerah Sungai Golok, wilayah Narathiwat, Selatan Thailand.
Mereka telah ditahan pada 1 November tahun lalu, dipercayai bersama lebih 6,000 pil methamphetamine atau pil kuda.
Ketika ditemui, Jaa akui terkejut dengan berita tersebut namun tidak mahu mengulas lebih lanjut berkaitan perkara terbabit.
“Sudah tentu saya terkejut sebab berlaku secara tiba-tiba. Susah saya nak jelaskan.
“Kalau contohnya kejadian sama berlaku kepada anda, sudah pasti turut memberi kejutan.
“Kami sekeluarga sekarang hanya mampu berdoa supaya segala urusan dipermudahkan.
“Saya nak cakap lebih-lebih pun saya tiada di tempat kejadian. Cuma saya harap ujian yang berlaku ini baik-baik sajalah,” katanya kepada MH.
Jaa berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Soloz: Game of Life di GSC Starling, Petaling Jaya, pada Isnin.
Tenang menjawab setiap soalan dan memahami tugas rakan media, Jaa bagaiamanapun meminta orang ramai untuk berhenti membuat spekulasi atau andaian tidak berasas mengenai kes sedang berjalan di mahkamah.
“Saya harap kita berhati-hati ketika bercakap. Ini kerana, kita tak tahu cerita sebenar yang terjadi pada waktu kejadian.
“Saya tidak dapat nafikan, kadang-kadang saya pun sebelum ini pernah terlepas daripada memberikan komen apabila sesuatu isu itu viral, walau hakikatnya kita pun tiada di tempat kejadian.
“Percayalah kalau ada perkara yang saya boleh cakap, memang saya nak bercerita. Sebab sudah tentulah, siapa yang tak mahu pertahankan keluarga. Betul tak?,” katanya lagi.
Menyedari bahawa kes yang berlaku mendapat perhatian dan liputan meluas, Jaa berkata dia tidak dapat menghalang orang ramai daripada terus bercakap, terutamanya di media sosial.
“Kadang-kadang saya memilih untuk tidak melayan komen yang ditinggalkan. Lagipun kita tak boleh nak salahkan mereka juga sebab benda viral.
“Siapa yang tak ikut (perkembangan kes)? Saya hanya mampu ‘tahan’ dan sabar sajalah. Kita nak marah pun tiada guna,” katanya lagi.
Pada 14 Januari lalu, Eda Ezrin atau nama sebenarnya, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, dan lima yang lain dihadapkan ke Mahkamah Wilayah Narathiwat atas pertuduhan memiliki 6,059 pil yaba dan mengambil dadah di Sungai Golok.
Eda dan suaminya Mohd Affendi Ahmad, 35; bersama empat lagi individu termasuk Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33; Erdeka Mohd Noor, 33; dan Zuhaira Nasrin, 26, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki pil yaba.
Namun begitu, mereka mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah (memasuki dadah dalam badan) selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Wilayah Narathiwat.
Kesemua tertuduh didakwa memiliki pil yaba di sebuah hotel di Sungai Golok pada jam 5 pagi (waktu Thailand) pada 1 November tahun lalu, dan pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Yuan Khao Kham.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Guru Matematik yang mencuri perhatian di media sosial, Sir Race tampil dengan kejutan istimewa sempena Aidilfitri tahun ini apabila melancarkan lagu raya, Bah Selamat...