“Pelan-Pelan, Aku Tahu Kau Boleh,” – Cakap Fasal Jual Durian, Tapi Penampilan Terkini Safiey Jadi Perhatian,Buat Ramai Tersenyum!

Share

Menerusi Instagram, usahawan sensasi, Safiey Illias ada berkongsi mengenai aktivitinya hari ini yang membantu bapa menjual durian di sebuah lokasi.

Sambil memegang durian yang dijual dengan penampilan rambutnya yang sudah dipotong pendek, imej terkini usahawan yang baru sahaja muncul menerusi single terbaru, Apa Salah Syinta ini mendapat reaksi netizen.

Rata-ratanya memberikan maklum balas positif terhadap penampilannya itu.

Terdahulu menerusi entri sebelumnya, Safiey yang sinonim disapa Syinta ini turut berkongsi rakaman dirinya yang mengambil keputusan untuk memotong rambut pendek di sebuah kedai gunting Mamak.

Rakaman tersebut boleh ditonton menerusi IG TV Safiey.

Foto: Instagram Safiey Illias

IKLAN