Industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian pelakon senior dan berbakat besar, Abu Bakar Omar yang telah menghembuskan nafas terakhir, hari ini.
Allahyarham Abu Bakar Omar, 72 dilaporkan telah meninggal dunia akibat mengalami masalah jantung dan telah mendapatkan rawatan di Kedah Medical Central.
Di samping meluahkan rasa simpati, pelakon Azhan Rani ada berkongsi cerita dan pengalaman berkerjasama dengan arwah Abu Bakar Omar di set pengambaran drama, pada tahun lalu.
Ads
Pelakon yang sinonim dengan drama bersiri Nur ini memberitahu bahawa dirinya berasa sangat kagum dengan lakonan arwah Abu Bakar Omar di kaca televisyen yang nyata sangat berbakat.
“Allahuakbar .baru sahaja menerima berita duka perginya seorang pelakon yang sangat2 aku kagumi dari kecil lagi baik di pentas teater, drama radio tv dan filem.
“antara pelakon yang paling aku teruja kalau dia yang jadi ayah aku dalam cerita tu. selamat berangkat ke negeri abadi uncle abu bakar omar.
Ads
“mac 2020 aku terlalu teruja bila dapat tau beliau sudi untuk bersama2 kami dalam telemovie #khilafterakhir yang diterbitkan @naziamustafar untuk @rtm_malaysia yang menjalani pengambaran di kedah dan perlis. lama beliau berehat dari muncul di depan kamera.
“bakat, displin dan dedikasinya terhadap dunia seni lakon terlalu tinggi. pastinya akan dirindui ramai lagi2 yang pernah bekerjasama dengannya.
Ads
“semoga Allah mengampuni segala dosa2nya dan semoga ditempatkan bersama orang2 yang beriman. salam takziah buat seluruh ahli keluarga uncle abu bakar omar.,” tulisnya panjang lebar.
Jurusolek selebriti, Emmy Agung dilaporkan telah pergi mengadap Illahi pada lewat petang Isnin.
Khabar mendukacitakan itu dimaklumkan menerusi akaun Instagram Allahyarham yang dikemas kini oleh ahli keluarganya.
“Dukacita dimaklumkan Emmy telah menghembuskan nafas terakhir selepas maghrib tadi.
“Insya-Allah jenazah akan dikebumikan malam ini juga di Tanah Perkuburan Sungai Pusu.
“Didoakan semoga Allah mengampunyi, merahmati dan menempatkan beliau bersama-sama para Nabi, syuhada dan solihin,” tulis pengendali terbabit.
Emmy atau nama sebenarnya, Yusshaimi Mohamed Yunus terlebih dahulu dilaporkan dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri sejak minggu lalu dan difahamkan punca kematian akibat kanser.
Sepanjang kariernya, jurisolek berkenaan telah menatarias ramai selebriti tanah air. Malah ada di antara mereka yang turut mengenang seterusnya memberikan penghormatan terakhir buat arwah.
Pelakon, Anzalna Nasir misalnya kembali mengimbau memori kerjasamanya dengan Emmy yang diabadikan menerusi Insta Stories.
Jelas Anzalna, dia pernah berkerjasama dengan jurusolek berbakat itu ketika penggambaran pra-perkahwinannya, beberapa tahun lalu.
“Pernah bekerjasama bersama @emmyagung untuk pre wedding, dia mekap masa tu. Arwah seorang yang amat disenangi dan disayangi ramai. Sentiasa happy dan tak pernah dengar dia mengata orang.
“Al-Fatihah. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman,” tulis Anzalna yang disertakan dua keping foto lamanya.
Foto: Instagram Emmy Agung, Anzalna Nasir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa gembira apabila berpeluang kembali bersama Elite setelah hampir 20 tahun meninggalkan kumpulan yang sinonim dengan lagu Tamparan Wanita itu.
Di samping berkongsi rasa kegembiraan dan teruja, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan turut memberikan penjelasan sekiranya ada segelintir netizen yang memberikan komen negatif terhadap dirinya yang kini telah kembali aktif menyanyi bersama Elite.
“Saya tak pernah kata saya nak berhenti menyanyi ke, berlakon ke saya tak pernah cakap macam tu. Apa yang saya lakukan sekarang ini saya mahu berubah ke arah yang lebih baik.
“Apa yang saya cuba sampaikan perkara yang boleh dan tak boleh untuk saya lakukan. Semua benda dulu yang saya buat salah kita ubah contoh macam batasan-batasan tu semua kena jaga.
“Sebab kita Allah dah bagi petunjuk jadi kenapa kita nak buat dan ulang kesalahan yang sama,” katanya.
Elite yang mula ditubuhkan sekitar tahun 1996 kini kembali bergabung dengan kesemua anggota asalnya iaitu Abby, Azza, Linda Rafar, Sasha dan Watie.
Bersempena dengan ulang tahun ke-25 penubuhan, Elite bakal melancarkan lagu single terbaru yang berjudul Alhamdulillah pada 19 April hadapan dikesemua platform digital.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sepotong video seorang lelaki yang mengunjungi satu lokasi bazar Ramadan di Seberang Jaya, Pulau Pinang tular baru-baru ini.
Menerusi video tersebut, lelaki terbabit yang mengenakan kaca mata dan baju hitam hadir dengan membawa sejumlah wang dan dirakam turut membeli semua makanan peniaga di bazar berkenaan dalam kuantiti yang banyak.
Malah satu ciapan akaun @IsskndarAriffin di laman Twitter ada berkongsi mengenai perkara itu dengan memberitahu hidangan yang dibeli itu rupanya untuk disedekahkan kepada pengunjung bazar lainnya.
Biasa lah kalau petang-petang sebelum tunggu waktu berbuka tu. Aku selalu lah jugak scroll news feed instagram, nak tengok posting-posting yang menarik. Tup-tup ternampak satu posting video ni dekat instagram brader ni. Korang nak tahu apa yang dia buat? pic.twitter.com/d1PTDb7XnQ
— Isskandar Ariffin 🇲🇾🇲🇾🇲🇾 (@IsskndarAriffin) April 19, 2021
“Dia boleh pergi dekat orang yang meniaga dekat bazar tu, dia borong semua weh barang jualan orang tu, dan siap pesan suruh sedekahkan dekat mana-mana pengunjung yang hadir dekat bazar tu.
“Kalau korang sebagai peniaga pon mesti korang seronok kan. Alhamdulillah itu rezeki dia orang,” ciap pemilik akaun berkenaan.
Hasil tinjauan, lelaki tersebut ialah pengasas produk ESW, Iddin Syah dan jelas Iddin, tindakannya di dalam video tular tersebut adalah sebagai golongan peniaga sepanjang Ramadan yang bersusah payah mencari rezeki.
“Saya tak pernah minta pun mendapat perhatian mana-mana pihak ketika mengadakan kunjungan sedekah di Bazar Ramadan Seberang Jaya, baru-baru ini krn niat saya ikhlas.
“Saya sekadar kongsikan video itu di IG personal saya sbg content peribadi, sekaligus untuk memberi contoh yg baik kepada stokis dan ejen ESW.
“Kalau pengikut saya di IG melihat ia satu inisiatif yg baik, Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT.
“Walaupun ada sebilangan kecil yg mengecam dan menganggap saya menunjuk-nunjuk, terserah apapun pendapat mereka krn saya tahu itu bukanlah tujuannya,” tulisnya.
Penjelasan panjang lebar itu dibuatnya menerusi satu posting di Instagram miliknya, beberapa hari lalu.
“Setiap kali balik dr kerja melalui kawasan bazar ramadan, saya sayu melihat peniaga2 yg bertungkus-lumut mencari rezeki dlm keadaan hujan lebat.
“Memang byk hari dah hujan berlaku waktu ptg. Dlm hati “Ya Allah kesiannya depa ni, dahlah tahun lepas tak boleh berniaga sbb PKP 1.0 semua kena lockdown, tahun ni pula cuaca belah petang hujan lebat”
“Mcm manalah perasaan depa kalau juadah yg dijual tak habis sbb org tak mai beli sbb hujan. Mesti depa rugi kan?
“Jadi saya pun ckp dgn anak team saya, jomlah kita pi bazar ramadan Seberang Jaya, saya nak buat kejutan dkt peniaga2 bazar ramdan. Kebetulan Allah SWT bagi rezeki dkt saya dan seluruh warga ESW kebelakangan ini, Subhanallah tak terkata hebatnya.
“Tapi video ini telah dikongsikan seseorang yg saya tidak kenali di Twitter lalu menjadi tular. Terima kasih naa spreadkan kebaikan.
“Pada semua yg mendoakan kebaikan kpd saya, terima kasih. Pastinya Allah SWT mengangkat doa kalian terlebih dahulu. Amin YRA,” tulisnya lagi.
Dia pada masa sama turut berterima kasih atas segala komen membina yang telah diberikan terhadapnya, selain mengharapkan agar golongan peniaga terus bersemangat mencari rezeki halal.
“Terima kasih juga kpd semua pihak yg memberi perhatian kpd usaha murni saya ini. Hanya Allah SWT dpt membalasnya.
“Akhir kata, saya harap peniaga2 bazar ramadan yg berada di pelusuk manapun tak pernah putus semangat utk terus mencari rezeki yg halal.
“Terima kasih krn bersusah payah menyediakan hidangan buat kami semua yg tak sempat masak ekoran kesibukan kerja.
“Semoga Allah SWT merahmati kalian semua. Amin YRA,” tulisnya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.