Pelakon Veteran Abu Bakar Juah Meninggal Dunia, Salam Takziah

Share

Pelakon Veteran Abu Bakar Juah Meninggal Dunia, Salam Takziah

Pelakon veteran, Abu Bakar Juah dilaporkan telah meninggal dunia pada petang Sabtu.

Baru-baru ini, kondisi kesihatan arwah Abu yang telantar sakit dan semakin parah selepas menerima rawatan di hospital,  beberapa minggu yang lalu.

Difahamkan, bintang veteran berusia 72 tahun itu dilaporkan menghidap penyakit kanser hati.

Menurut anak ketiganya, Safinas Abu Bakar, bapanya sebelum ini hanya terbaring selain tidak mampu memberi maklum balas dengan baik.

Beliau sebelum ini dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak dua minggu lalu selepas dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman.

Gambar: Instagram HLive

IKLAN