Selebriti asal Singapura yang kini bergelar usahawan, Harris Baba bakal menerbangkan kumpulan popular Indonesia, Armada Band ke Sabah bagi mengadakan Konsert Armada Band – Janji Bahagia di Kota Kinabalu, Sabah pada 4 November depan.

Konsert istimewa itu akan diadakan di Sabah International Convention Centre (Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah) SICC bermula jam 8.00 malam.

Menariknya, Konsert Armada Band – Janji Bahagia itu merupakan projek pertama Harris bersama isterinya, Nik Naziha Zawawi di bawah syarikat milik mereka, Jeeharris Corporation.

Fokus Jeeharris Corporation ialah menjurus kepada pengurusan acara dan konsert. Terdahulu, pasangan ini telah banyak menjayakan pelbagai acara karnival di Sabah sementara konsert berkenaan adalah yang pertama dianjurkan mereka.

Mengulas mengenai pengajunran konsert tersebut, Harris tidak menafikan populariti kumpulan berkenaan di Sabah menjadi antara faktor dia dan isteri memilih Armada Band untuk mengadakan istimewa buat peminat tempatan.

Pelakon & Usahawan Harris Baba Bawa Armada Band Ke Sabah, Buat Konsert November Depan Pelakon & Usahawan Harris Baba Bawa Armada Band Ke Sabah, Buat Konsert November Depan

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harris Baba (@harrisbaba)

“Tidak dinafikan, banyak lagu mereka dikenali di Sabah. Armada yang diangotai oleh vokalis Rizal Adi, drummer Meri Yandi dan guitarist Andika Maihendra akan menyampaikan 18 buah lagu.

“Antara lagu-lagu yang bakal dinyanyikan termasuklah Bebaskan Diriku, Asal Kau Bahagia, Pergi Pagi Pulang Pagi dan banyak lagi,” katanya.

IKLAN

Harris pada masa sama turut optimis berhasrat untuk membawa lebih ramai artis luar negara bagi membuat persembahan dalam skala konsert di Sabah khususnya.

“Kami berharap mendapat sokongan yang menggalakkan daripada peminat Armada Band di Sabah dan sekali gus dapat memeriahkan lagi aktiviti pelancongan dan mengalakkan lebih banyak persembahan konsert di Sabah.

“Kami juga akan menjadikan konsert ini sebagai satu tarikan untuk penduduk dari Labuan, Sarawak dan Brunei untuk datang menyaksikan bersama persembahan Armada band secara langsung,” katanya lagi.

IKLAN

Malah, pihak Jeeharris Corporation juga kini sedang meneliti beberapa nama penyanyi lokal Sabah untuk dijemput mengadakan persembahan pembukaan bakal pada konsert berkenaan.

Untuk informasi, layari myticket.asia dan tiket sudah pun dijual sejak 24 Julai lalu pada harga bermula RM129 sehingga RM799 (seating and meet & greet) selain boleh rujuk kepada media sosial Jeeharris Corporation.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI