Pelakon Twilight Ditemui Mati Bersama Kekasih Pada Usia 30 Tahun, Punca Kematian Belum Diketahui

Share

Pelakon yang sinonim menerusi filem Twilight, Gregory Tyree Boyce ditemui mati pada 13 Mei lalu di kediamannya di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Turut ditemui ialah mayat teman wanitanya, Natalie Adepoju, 27.

Walau bagaimanapun, sehingga kini punca kematian belum didedahkan pihak berkuasa.

Boyce memegang watak Tyler Crowley iaitu rakan sekelas kepada Bella Swan lakonan Kristen Stewart dalam filem pertama Twilight sekitar tahun 2008.

Menurut ibu mendiang, Lisa Wayne, Boyce baru-baru ini punya perancangan untuk memulakan perniagaan restoran namun hajatnya tidak kesampaian.

Mendiang meninggal dunia pada usia 30 tahun.

Sumber : Variety.com

IKLAN