Pelakon Raja Atiq Terlibat Kemalangan Jalan Raya

Share

Pelakon, Raja Atiq memaklumkan dirinya telah telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Kuala Klawang International Circuit, Jelebu Negeri Sembilan.

Difahamkan, bintang drama bersiri Nur itu membonceng sebuah motorsikal berkuasa tinggi lalu mengalami kemalangan.

Bagaimanapun, Atiq memberitahu dia hanya mengalami kecederaan ringgan dan telah mendapatkan rawatan di Wad Kecemasan Hospital Jelebu, Negeri Sembilan.

“Allahu nasib baik okay Alhamdulillah Ya Allah hati2 ye sbb rasanya ada grabble (pasir halus) Atiq tk overshoot okay je tpi rasanya di sbbkan tula hm tkpe Atiq okay tkde cedera teruk ,terima kasih kawan2 jugak bantu.

“Yang tunggu moto utk towing @u.iyadz ,nabil ,rafiq terima kasih dgn yg lain jugak sampai hujan dkat genting peras lagipun Atiq first time situ nk knal jalan ,terima kasih juga sahabat rapat Atiq @irfanaimannn_ dan & iesma follow Atiq gi Hospital,” tulisnya.

Lalu, rata-rata peminat meluahkan rasa simpati terhadap nasib malang yang menimpa kepada pelakon kelahiran Kelantan itu.

Malah tak kurang yang bersyukur kerana semuanya selamat dan tiada yang teruk berlaku.

Video: Instagram Raja Atiq

IKLAN