Nampaknya pelakon yang terkenal dengan ratu air mata di Korea Selatan, Park Shin-hye sudah menemui pasangannya iaitu Choi Tae-joon apabila media tempatan melaporkan bahawa kedua-dua mereka bercinta.

Perkara tersebut bagaimanapun disahkan oleh agensi kedua-dua pelakon tersebut, semalam bahawa mereka mula bercinta hujung tahun lepas.

Namun begitu, peminat sudah mula perasan keakraban pasangan ini bermula April tahun lalu apabila mereka dilihat bercuti bersama-sama serta sering kelihatan ber’dating’ bersama namun agensi Shin-hye dan Tae-joon menafikan perkara tersebut.

Pelakon, Park Shin Hye, Choi Tae Joon Sembunyi Hubungan Hampir Setahun?

Dalam pada itu, kedua-dua pelakon dikatakan mula rapa kerana sama-sama belajar di Universiti Chung Ang dan mempunyai hubungan yang rapat di dalam industri.

IKLAN

Shin-hye setakat ini mempunyai rekod yang bersih dalam industri serta Tae-joon sebelum ini terlibat dalam program ‘We Got Married’ bersama Yoon Bomi.

Pelakon, Park Shin Hye, Choi Tae Joon Sembunyi Hubungan Hampir Setahun?

Pelakon, Park Shin Hye, Choi Tae Joon Sembunyi Hubungan Hampir Setahun?

IKLAN

Antara cerita lakonan Shin-hye yang popular adalah ‘Doctor’, ‘The Heir’, ‘Pinocchio’, ‘Heartstring’, ‘You’re Beautiful’ dan ‘Miracle in Cell No 7’ manakala Tae-joon pula dengan ‘Missing 9’ dan ‘Suspicious Partner’.

Sementara itu, media Korea Selatan yang terkenal dengan mendedahkan hubungan cinta selebriti, Dispatch turut memuat naik beberapa foto pasangan tersebut sedang berdating.

IKLAN

Pelakon, Park Shin Hye, Choi Tae Joon Sembunyi Hubungan Hampir Setahun?

Pelakon, Park Shin Hye, Choi Tae Joon Sembunyi Hubungan Hampir Setahun?

Melalui pemerhatian MH, peminat menerima berita ini dengan baik dan juga turut bergembira dengan pasangan tersebut. Lagipun, kedua-dua mereka sudah mencapai umur untuk berkahwin.

sumber: Soompi, Dispatch

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI