Dunia perfileman Bollywood kehilangan seorang lagi tokoh besar apabila pelakon veteran, Kamini Kaushal, disahkan meninggal dunia pada usia 98 tahun di kediamannya di Mumbai, malam Khamis lalu. Mendiang dilaporkan menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi kesihatan berkaitan usia.
Kamini, yang dilahirkan sebagai Uma Kashyap pada 24 Februari 1927 di Lahore, merupakan antara pelakon wanita awal yang mewarnai zaman kegemilangan sinema Hindi sejak era 1940-an.
Beliau memulakan langkah besar dalam industri melalui filem Neecha Nagar (1946), karya yang meraih anugerah Palme d’Or di Festival Filem Cannes.
Ads
Sepanjang lebih tujuh dekad pembabitannya, beliau membintangi ratusan karya penting dan pernah bergandingan dengan nama-nama besar seperti Dilip Kumar, Raj Kapoor, Dev Anand, serta barisan pelakon baharu pada era moden termasuk Shah Rukh Khan dan Aamir Khan.
Keupayaannya menyesuaikan diri dengan perubahan arus perfileman menjadikan beliau antara figura paling dihormati di Bollywood dan menjadi rujukan. Walaupun kemuncaknya sebagai heroin berlangsung sekitar tahun 1940-an hingga 1960-an, Kamini kekal aktif dengan memilih watak-watak sokongan berkualiti dalam dekad seterusnya.
Ads
Beliau dilihat terus bekerja sehingga usia lanjut, termasuk kemunculannya dalam filem terkenal seperti Chennai Express (2013) dan Kabir Singh (2019). Kali terakhir beliau muncul dalam filem adalah menerusi karya Laal Singh Chaddha yang disiarkan pada 2022.
Ads
Pemergian ikon ini turut mendapat perhatian meluas dalam kalangan penggiat seni India. Beberapa pelakon generasi baharu menzahirkan penghormatan mereka, menyifatkan mendiang sebagai “tiang sejarah” dan antara wanita yang membuka jalan kepada peranan lebih besar untuk pelakon perempuan dalam sinema Hindi.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Filem Babah mencipta sejarah apabila membolot enam trofi utama termasuk Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang disiarkan secara langsung di TV2 dari Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, malam tadi.
Dengan kemenangan itu, penerbit Babah, Nads Media Entertainment, menerima Dana Kandungan Kreatif (DKD) bernilai RM1 juta dan trofi.
Filem tersebut menewaskan empat finalis lain iaitu Blood Brothers: Bara Naga, Soloz: Game of Life, Takluk: Lahad Datu dan Reversi.
Trofi Filem Terbaik disampaikan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil kepada pengarah Babah, Mohd Shah Faizul, disaksikan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa; Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac dan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.
Selain Filem Terbaik, Babah turut membawa pulang lima lagi trofi, termasuk Pelakon Lelaki Terbaik (Qi Razali), Pelakon Wanita Terbaik (Sweet Qismina), Pengarah Harapan (Mohd Shah Faizul), Lakon Layar Terbaik (Wan Rafiq) dan Cerita Asal Terbaik (Nadia Nadzri).
Malam penuh gemilang itu turut menyaksikan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra mengungguli kategori Pengarah Terbaik menerusi filem aksi Blood Brothers: Bara Naga.
Pelakon berbakat, Amir Ahnaf pula dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Harapan menerusi Kahar: Kapla High Council, manakala Michelle Lungan diumumkan Pelakon Wanita Harapan bagi filem Tegkang.
Trofi Pelakon Kanak-kanak Terbaik pula menjadi milik Puteri Rafasya melalui lakonannya dalam Telaga Suriram.
FFM34 turut memperkenalkan kategori baharu iaitu Anugerah Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik yang dimenangi Blood Brothers: Bara Naga.
Filem sama turut menerima Anugerah Khas Filem Box Office selepas mencatat kutipan lebih RM73.6 juta.
Seniman legenda Datuk Ahmad Tamimi Siregar diangkat sebagai penerima Anugerah Khas Sepanjang Zamanatas lebih 50 tahun jasa beliau dalam dunia perfileman, manakala Hassan Muthalib pula menerima Anugerah Khas Karyawan FFM34.
Pemenang 27 kategori utama masing-masing menerima RM5,000 dan trofi, sementara pemenang Anugerah Khas pula membawa pulang RM10,000 dan trofi.
Tambahan hadiah berjumlah RM20,000 dalam bentuk sewaan dan penggunaan fasiliti FINAS turut diberikan kepada pemenang tujuh kategori utama termasuk Pengarah Terbaik, Filem Terbaik dan Sinematografi Terbaik.
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Syafiq Kyle & Syazwan Zulkifly – Blood Brothers: Bara Naga
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Ellie Suriaty – Telaga Suriram
Pelakon Lelaki Harapan: Amir Ahnaf – Kahar: Kapla High Council
Pelakon Wanita Harapan: Michelle Lungan – Tegkang
Pengarah Harapan: Mohd Shah Faizul – Babah
Pelakon Kanak-kanak Terbaik: Puteri Rafasya – Telaga Suriram
Lakon Layar Terbaik:Wan Rafiq – Babah
Cerita Asal Terbaik:Nadia Nadzri – Babah
Penyunting Terbaik: Ariff Aiman Azahar, Nazifdin Nasrudin & Syafiq Yusof – Soloz: Game of Life
Sinematografi Terbaik: Nicholas Chin – Blood Brothers: Bara Naga
Lagu Tema Terbaik: Bara Jiwa – Blood Brothers: Bara Naga
Skor Muzik Asal Terbaik:Muhammad Zaoff Sharqil, Donald Bangkong, Teoh Eng Hooi, Azri Yunus, Mohammad Raziz, Mohd Idham, Megat Sazali & Ahmad Huzaini – Soloz: Game of Life
Penataan Bunyi Terbaik: Mohsin Othman – Soloz: Game of Life
Penataan Seni Terbaik: Wan Zulkifli Wan Salleh – Kulit Wayang
Rekaan Busana Terbaik: Farah Syaliq – Mencari Ramlee
Tatarias Terbaik: Ella Sandera – Takluk: Lahad Datu
Kesan Khas Visual Terbaik: Jehcob & Sam – Soloz: Game of Life
Filem Dokumentari Terbaik: Rindu Tak Berpenghujung
Anugerah Khas Karyawan FFM 34: Hassan Muthalib
Anugerah Khas Sepanjang Zaman: Datuk Ahmad Tamimi Siregar
Anugerah Khas Juri 1:Ejen Ali: Wow Animations dan Primeworks Sdn Bhd
Anugerah Khas Juri 2:Takluk: Lahad Datu(Multimedia Film Production)
Dengan tema ‘Karya Kreatif, Sinema Dinamik’ FFM34 yang dihoskan oleh Datuk Afdlin Shauki dan Che Puan Sarimah Ibrahim menyaksikan 41 filem cereka, 26 filem pendek dan 23 dokumentari diadili oleh juri profesional.
FFM34 turut diserikan dengan persembahan daripada Shila Amzah, Zizi Kirana, Misha Omar, Lan Typewriter, Ziana Zain dan ramai lagi, menjadikan malam FFM34 bukan sekadar acara anugerah, tetapi satu perayaan sinema Malaysia yang penuh prestij dan emosi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Hollywood terkenal, Jesse Eisenberg mengesahkan akan mendermakan salah satu buah ginjalnya kepada individu yang tidak dikenalinya dalam masa terdekat.
Eisenberg, 42, menyatakan bahawa pendermaan tersebut akan dilakukan secara non-directed living donation, iaitu kepada penerima yang tiada pertalian keluarga atau hubungan peribadi dengannya.
Beliau menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat selepas melalui proses penilaian kesihatan dan kelayakan selama beberapa tahun. Prosedur pembedahan dijangka berlangsung sekitar pertengahan Disember tahun ini.
Eisenberg memaklumkan, hasrat untuk menderma organ telah terdetik sejak hampir 10 tahun lalu, namun hanya kini dapat direalisasikan selepas melalui semua ujian perubatan yang diperlukan.
Menurut laporan media antarabangsa, Eisenberg turut menjelaskan bahawa keputusan tersebut tercetus selepas beliau aktif menderma darah dan menyedari kesan besar yang boleh diberikan melalui sumbangan sebegitu.
Beliau turut menegaskan bahawa prosedur berkenaan adalah selamat dan diperlukan oleh ramai pesakit di seluruh dunia yang masih menunggu peluang untuk mendapatkan organ yang sesuai.
Selain itu, Eisenberg menyertai program pendermaan yang membolehkan ahli keluarganya mendapat keutamaan sekiranya mereka memerlukan pemindahan ginjal pada masa hadapan melalui sistem voucher yang ditawarkan.
Imbas kembali, Eisenberg memulakan kerjaya dalam dunia hiburan sejak berusia 13 tahun lagi dengan membintangi siri televisyen berjudul Get Real. Beliau pernah tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Academy pada tahun 2011 menerusi lakonannya dalam filem The Social Network.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Nubhan Ahamad memilih untuk tidak lagi memberi sebarang ulasan berkaitan isu sensasi serta dakwaan tidak berasas berkaitan hal membabitkan rumah tangganya.
Menurut Nubhan, tumpuan utamanya kini hanya terhadap persaingannya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) agar momentum cemerlang yang diraih dapat diteruskan.
“Saya sudah tidak mahu komen lagi perkara-perkara seperti itu. Fokus saya kini 100 peratus kepada GV12 sahaja.
“Walau apapun yang terjadi, saya tetap kena fokus. Penat peminat datang bersorak untuk saya setiap minggu. Inilah cara saya membalas jasa mereka,” katanya kepada MH.
Dalam masa sama, Nubhan turut meluahkan rasa syukur kerana kembali berada dalam kelompok tiga terbaik meskipun sedang berdepan cabaran peribadi.
“Alhamdulillah, saya dapat kekalkan momentum top 3 di GV12 ini mungkin disebabkan saya memberikan fokus 100 peratus dan banyak membuat latihan.
“Pada saya, program GV12 ini bukan sesuatu yang boleh dibuat main. Saya memang berusaha lebih untuk tampilkan persembahan terbaik setiap minggu.
“Jadi, saya tak mahu buat ala kadar dan mengambil ringan segala harapan dan sokongan para peminat. Saya memang ambil serius,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Ada Untukmu ini tidak mahu terlalu selesa dan menyifatkan perjalanan GV12 masih jauh.
“Alhamdulillah, ini baru minggu keempat. Perjalanan di GV12 ini jauh lagi. Setiap tugasan ada cabaran yang tersendiri. Saya tidak mahu terlalu gembira kerana bimbang ia akan menghanyutkan saya.
“Ada banyak lagi tanggungjawab saya di program ini jika masih diberikan peluang. Saya tak mahu terlalu ‘makan pujian’.
“Apapun, saya tetap bersyukur jika ada yang anggap saya ini peserta harapan,” kongsinya lagi.
Ditanya adakah dia menyesal pernah memperlahankan kerjaya muzik sebelum ini, Nubhan menjelaskan setiap perjalanan seni ada waktu dan rezeki masing-masing.
“Saya rasa tuah dah rezeki saya belum sampai lagi pada waktu-waktu itu. Saya pun tak pernah berhenti untuk mengeluarkan lagu baharu.
“Namun, bila saya sudah berniaga, saya memang fokus pada bisnes sahaja. Begitu juga bila saya di GV12 ini. Saya tak boleh nak buat banyak perkara dalam satu masa.
“Kalau semua benda kita nak kaut atau sapu, kena tengok semula kemampuan kita setakat mana. Saya tak boleh tamak. Saya fokus terhadap sesuatu perkara dahulu,” akhirinya.
Malam tadi, Nubhan cemerlang apabila persembahannya bersama rakan duet, Mawi menerusi lagu Kian berjaya menempatkan dirinya di kedudukan kedua terbaik dengan markah 78.25%.
Tempat pertama pula diungguli penyanyi Singapura, Iskandar Ismail yang berduet bersama Liza Aziz menerusi lagu I Want To Spend My Lifetime Loving You, meraih markah tertinggi sebanyak 84.25 peratus.
GV12 bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Program ini juga boleh disaksikan secara strim On Demand di Astro GO dan sooka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dikritik kerana dikatakan kurang popular dan tidak memiliki aura untuk menggalas watak sebagai hero, pelakon Firdaus Karim tetap bersyukur dengan kepercayaan yang diberikan pihak produksi dan stesen TV untuk membintangi drama Doa Yang Terlindung.