Pelakon Kena Tahan Sebab Ganja

Baru nak reda isu selebriti terbabit dadah, kini muncul pula kes baru.

Terbaru, seorang pelakon dan pelawak ditahan setelah pihak polis menemui ganja seberat 7.5 gram serta alat menghisap ganja di kediamannya di Taman Melati dalam satu serbuan semalam.

Turut dijumpai, alat mengisar daun ganja dan sebuah botol plastik yang diubah suai dipercayai untuk menghisap ganja.

IKLAN

‎Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif, seperti yang dipetik berkata, tangkapan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Wangsa Maju.

 

IKLAN

“Lima anggota menyerbu sebuah rumah di Taman Melati susulan maklumat sebelum menemui seorang lelaki di kediaman berkenaan.

‎”Lelaki berkenaan kemudian mengambil sendiri sebuah beg kain berzip berwarna ungu dari bawah meja di ruang tamu rumah.

“Beg berkenaan mengandungi satu botol plastik lutsinar berisi ranting dan daun kering disyaki dadah jenis ganja dianggar seberat 7.5 gram,” katanya kepada BH Online.

Tambahnya lagi, Katanya, siasatan awal mendapati lelaki berusia 26 tahun itu mendakwa mendapat bekalan dari seorang lelaki yang dikenali sebagai Sapek di Shah Alam, Selangor.

“Pelakon berasal dari Kuala Kangsar itu mengakui mengambil dadah sejak enam bulan lalu.

“Suspek sudah dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sumber: BH Online