Pelakon I Love You Mr Clown, Yuna Rahim Sah Bergelar Isteri Nurakmal Ayub

Share

Pelakon Yuna Rahim selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati, Muhammad Nurakmal Ayub, 28, pada majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah hotel di Damansara, Selangor pada pagi Sabtu.

Memetik Utusan Online, pasangan mempelai itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Abdul Rahim Awang dengan disaksikan Imam Masjid Mahmudiyyah Kayu Ara, Muhammad Nazmi Abd Samad pada jam 11 pagi.

Pada majlis tersebut, Yuna atau nama sebenar, Shafiqah Husna Abdul Rahim, 28, menerima mas kahwin RM300 beserta lima dulang hantaran dan berbalas tujuh untuk pengantin lelaki.

Pelakon drama I Love You Mr Clown itu mula menjalin cinta dengan Nurakmal pada pertengahan tahun lalu, seterusnya mengikat tali pertunangan pada September lalu.

Majlis bertemakan warna putih itu dihadiri 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua pihak serta kenalan rapat mereka.

Turut meraikan, rakan-rakan artis seperti Intan Najuwa, Wanna Ali, Datin Nina Juren, Sharifah Shahora dan Wans Ahmad.

Yuna turut memaklumkan majlis resepsi akan diadakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

IKLAN