Pelakon Highlander: The Series, Stan Kirsh Meninggal Dunia. Kematian Akibat Gantung Diri?

Share

Pelakon Hollywood yang popular menerusi siri Highlander, Stan Kirsch ditemui mati di kediamannya di Los Angeles pada 11 Januari lalu.

Menurut laporan media Barat, pelakon berusia 51 tahun ini dipercayai telah menggantung diri.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada ucapan dan sokongan yang diberikan. Saya tidak berdaya membalas semua panggilan, mesej dan emel, namun saya telah membawa dan mendengar setiap satu daripadanya.

“Saya dikelilingi dengan kasih sayang dan bersyukur,” jelas isterinya, Kristyn Green di laman Facebook.

Selain berlakon, mendiang merupakan jurulatih lakonan dan pernah muncul sebagai tetamu jemputan dalam rancangan televisyen popular Friends, mendukung peranan sebagai kekasih kepada Monica.

Sumber : Variety

IKLAN