Pelakon Godfrey Gao Meninggal Dunia Selepas Pengsan Di Set Chase Me

Share

Menurut BBC, aktor Taiwan-Kanada, Godfrey Gao dilaporkan meninggal dunia selepas pengsan di set penggambaran realiti show, Chase Me.

Menurut penerbit rancangan, aktor berusia 35 tahun ini secara tiba-tiba jatuh pengsan sewaktu acara larian bersama pasukan.  Usaha menyelamatkannya gagal selepas pasukan paramedik memberikan bantuan selama dua jam.

Pelakon kelahiran Taiwan dan Kanada ini merupakan satu-satunya model pertama dari Asia yang mengikat kontrak bersama jenama mewah, Louis Vuitton.

Mendiang turut mencipta nama menerusi The Mortal Instruments: City of Bones.

Sumber : BBC

IKLAN