Pelakon veteran Indonesia, Gito Joewono atau lebih dikenali sebagai Otig Pakis telah meninggal dunia pada usia 64 tahun.
Berita sedih itu disahkan sendiri oleh anaknya, Macan Legit kepada media tempatan. Otig meninggal dunia sekitar jam 5.07 petang Waktu Indonesia Barat (WIB) pada Khamis, 8 Ogos 2024.
Menurut perkongsian ahli keluarga menerusi Intagram Otig pula, Jenazahnya akan disemadikan di Bengkel Teater Rendra selepas waktu solat Zohor hari ini, 9 Ogos 2024.
Sebelum itu, Otig sebelum ini sudah disahkan menderita sakit Kanser Usus Besar sejak tahun 2021 lagi.
Sosok yang sudah berkecimpung lebih 40 tahun dalam dunia lakonan ini masih aktif berlakon filem dan drama biarpun berperang dengan kanser sehingga kematiannya.
Ads
Otig mula terjun ke dalam dunia seni lakon sejak tahun 1984 dan filem pertama lakonannya bertajuk Di Luar Batas.
Antara filem popular lakonannya seperti Filosofi Kopi, Miracle in Cell No.7 dan Makmum 2.
Berkahwin dengan Dewi Emalia Joesofina atau lebih dikenali sebagai Dewi Pakis pada 1986, mereka dikurniakan lima cahaya mata.
Ads
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Ads
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Ruhainies berkongsi potongan video di Instagram Stories yang memaparkan isi ceramah daripada pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Rizam, pada Ahad.
Menerusi ceramah tersebut, Ustaz Ahmad Rizam antara lain memaklumkan setiap amalan manusia itu akan menjadi sia-sia sekiranya kita bercakap buruk dan menyebarkan aib orang lain walaupun hanya sekali.
“Nabi bagitahu kita, sekali sahaja engkau buka aib orang lain, seluruh amal soleh kita daripada akil baligh ini hilang. Tiada lagi pada suratan amal kita di sebelah kanan,” katanya.
Kongsinya lagi, azab neraka bakal menanti seperti kita tidak pernah melakukan amal soleh ketika di dunia.
“Esok, tatkala kita menemui Allah, kita memandang suratan amal yang kanan dan bertanya, Ya Allah, mana sembahyang kami? Mana puasa kami? Mana sedekah Jumaat kami? Mana umrah kami?
“Kau sampai nak mati tapi tak nak bertaubat. Berhenti kata mengenai orang. Mana ada lagi amal soleh engkau.
“Kita ini tak kuat sebenar masuk neraka tapi kita berlagak macam orang kuat nak masuk neraka,” ujarnya lagi.
Perkongsian tersebut nyata memberikan kesan dan pelakon itu turut berharap agar hatinya sentiasa dipelihara daripada sifat membuka aib orang lain.
Pada masa sama, pelakon drama Terjerat ini juga mengakui dirinya tidak sempurna dan mempunyai banyak khilaf.
“Saya tidak sempurna dan tiada seorang pun yang sempurna. Namun Allah, peliharalah hatiku untuk tidak membuka aib sesiapa.
“Janganlah segala amalku sia-sia,” pintanya.
Terdahulu, Ruhainies juga kerap berkongsi mutiara kata atau petikan Islamik di media sosial sebagai peringatan buat diri sendiri dan pengikutnya.
Sebelum ini, Ruhainies teruk dikecam netizen selepas didakwa menjadi punca kepada penceraian pasangan selebriti Aliff Azizi dan Bella Astillah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pemergian penyanyi lagenda, Allaharyam Jay Jay pada malam Ahad merupakan satu kehilangan besar buat industri seni tanah air dan diratapi banyak pihak.
Selain rakan seperjuangan, antara selebriti yang turut manzahirkan rasa hiba dengan pemergian Jay Jay termasuklah penyanyi dan pelakon, Ezad Lazim.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Ezad memaklumkan Allahyarham Jay Jay mempunyai jasa yang sangat besar di dalam perjalanan kerjayanya sebagai anak seni.
Katanya lagi, penyanyi lagu Rindu Bayangan itu telah mempertahankan namanya selaku vokalis baharu kumpulan Exists meskipun ada pihak yang mahu menggantikannya dengan penyanyi lain.
“Abang Jay Jay adalah orang yang bertanggungjawab menjaga vocal saya semasa rakaman album pertama saya bersama Exists.
“Antara kenangan yang paling saya kenang sampai bila-bila adalah beliaulah insan yang mempertahankan saya untuk kekal di Exists
“Kerana pada masa itu, ada suara-suara pihak atasan daripada label kami bernaung yang merasakan saya tidak sesuai menjadi penyanyi untuk Exists,” tulisnya.
Pada masa sama, penyanyi lagu Jesnita itu turut mendedahkan Jay Jay juga dengan tegas meyakinkan pihak syarikat rakaman untuk kekalkan Ezad bersama Exists.
“Mereka mahukan Exists cari penyanyi lain yang lebih sesuai padahal masa itu, saya sudah merakamkan hampir separuh lagu untuk album itu.
“Saya masih ingat, Abang Jay jay tegas bercakap di telofon dengan nada yang agak keras mengatakan kenapa perlu cari penyanyi lain?
“Kenapa korang kata suara budak ni tak sesuai? Dengan ketegasan dia, akhirnya mereka akur juga untuk mengekalkan saya sebagai vokalis untuk kumpulan Exists,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, jika bukan kerana Jay Jay, berkemungkinan besar perjalanan kerjayanya tidak seperti apa yang dicapai pada hari ini.
“Kerana dia, saya terus bertahan bersama Exists sampai ke album terakhir saya bersama band itu dan masih bertahan sebagai anak seni hingga ke hari ini.
“Bayangkan pada masa itu, memang pihak syarikat rakaman tukar vokalis lain untuk Exists? Mungkin kerjaya saya sekarang ini adalah seorang model,” selorohnya.
Dalam pada itu, Ezad turut menitipkan doa semoga Allahyarham Jay Jay ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Hari ni, kita kehilangan insan hebat dalam industri seni ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat yang Esa dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Salam takziah dari kami,” akhirinya.
Tedahulu, Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus telah menghembuskan nafas terakhir ketika tidur pada jam 9.27 malam tadi akibat komplikasi kegagalan organ dalaman.
Allahyarham Jay Jay telah selamat dikebumukan di Tanah Perkuburan Bukit Tandang, Subang Jaya, pada jam 11.15 pagi tadi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi terkenal antarabangsa, Justin Bieber sebentar tadi telah mengumumkan kelahiran anak sulungnya.
Berita gembira itu dikongsikan kepada umum menerusi satu hantaran di Instagram dengan foto menunjukkan sebelah kaki anaknya itu.
Kapsyen pada hantaran pula berbunyi, “Welcome home Jack Blues Bieber.”
Seiring dengan pemberian nama itu, ia jelas menandakan jantina anaknya bersama Hailey Bieber adalah lelaki.
Terdahulu wakil kepada pasangan ini pernah berkongsi kepada media antarabangsa bahawa Justin dan Hailey mahu menyimpan perihal jantina dan tarikh jangkaan bersalin kepada diri mereka sendiri.
Sepanjang lebih lima tahun perkahwinan, Justin dan isterinya kerap menyatakan yang mereka ingin membina sebuah keluarga lengkap dan berhasrat mahu membesarkan anak jauh dari kerlipan gemerlap Hollywood.
Imbas kembali, pasangan popular ini berkahwin pada September 2018.
Sebelum berkahwin dengan Hailey yang merupakan seorang peragawati, Justin terlebih dahulu hangat bercinta dengan Selena Gomez sebelum hubungan mereka kandas di tengah jalan.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Rita Rudaini tampil memberikan sokongan terhadap kenyataan seorang individu yang meluahkan rasaterhadap tindakan segelintir ibu bapa yang didakwa merendahkan ibu bapa lain hanya kerana kurang berkemampuan untuk menyediakan persiapan lengkap persekolahan buat anak-anak mereka.