Berita

Pelakon Filem Air Terjun Pengantin Meninggal Dunia Setelah Jalani Pembedahan Sedut Lemak

Share

Pelakon Indonesia, Nanie Darham dilaporkan meninggal dunia akibat proses pembedahan sedut lemak yang dilakukan di sebuah klinik kecantikan.

Melakukan pembedahan tersebut hanya selepas dua bulan melahirkan, dia meninggal dunia pada 21 Oktober 2023. Terkaitnya isu sedut lemak menjadi penyebab apabila keluarganya curiga dengan prosedur yang dijalani oleh allahyarhamah.

Menurut kakaknya, Indrie Darham, “Saya tidak tahu kalau ada penambahan proses pembedahan yang terjadi pada tarikh 21 hari bulan. Saya juga tidak tahu ada penambahan proses pembedahan dari dua jam ke lima jam.”

Tambahnya lagi, ““Itu yang saya sangat kesalkan, kenapa keluarga dibuat tidak tahu mereka ‘dalam gelap’ apabila insiden ini berlaku.”

Tidak berpuas hati dengan tindakan klinik kecantikan yang melakukan pembedahan walaupun tahu adiknya baru melahirkan, Indrie Darham telah berunding dengan doktor di hospital terkenal lantas mengetahui fakta yang mengejutkan.

Doktor berkata Allahyarhamah Nanie sepatutya menjalani pembedahan sedut lemak sekurang-kurangnya enam bulan selepas aktres itu melahirkan anak.

Nanie bersama suami dan anak sulung mereka.

Peguam keluarga Nanie Darham, Hartono Tanuwidjaya berkata, sebelum melakukan tindakan ini, aktres itu tidak mendapat penjelasan terperinci berhubung pembedahan yang bakal dijalankannya.

“Dalam kes ini, mangsa tidak mendapat penjelasan terperinci mengenai prosedur yang membawa kepada operasi lima jam itu dan juga tiada maklumat kepada keluarga,” akhir Hartono saat ditemui wartawan tempatan.

Imbas kembali, Nanie Darham menceburi dunia lakonan di Indonesia sejak tahun 2007. Namun namanya mula dikenali saat berlakon filem Air Terjun Pengantin bersama dengan pelakon popular lain seperti Tamara Bleszynski dan Marcel Chandrawinata.

Nanie meninggalkan dua orang cahaya mata masing-masing berusia 3 tahun dan 2 bulan.

Sumber: (1)

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

IKLAN