Pelakon Farali Khan Rupanya Sudah Nikah 1 September Tahun Lalu

Share

Pelakon filem Tujuh Dua Belas, Farali Khan, 34, mendedahkan dia sudah pun mendirikan rumah tangga pada 1 September tahun lalu.

Menerusi hantaran di Instagram, Farali atau nama sebenarnya, Norfara Ali Dad Khan berkongsi momen indah saat diijabkabulkan.

Di dalam nota kapsyen pada hantaran sama, Farali turut berdoa agar suami menjadi ketua keluarga yang baik.

“The Solemnization 4 Safar 1444 (1 September 2022). Marriage is not a fairytale. Its alot of work and patience. Dont do it for Love only but for Allah SWT.

“HE meets and separates us .Everything is written. With this sharing, InsyaAllah I hope you will stay being a bestfriend, a loyal husband, a soon loving father and most of all a good Imam.

“Lets remind each other everyday to practice what Allah SWT loves and keep our home the best harmonious place It can be. Amin,” tulisnya.

Difahamkan, suaminya seorang model yang dikenali sebagai Qireen dan dia kini sedang hamil tujuh bulan.

Farali sebelum ini pernah menjelaskan dia memilih untuk tidak terlalu terbuka mengenai hal peribadi kepada umum.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

IKLAN