Dikala namanya kini sudah mula mendapat perhatian ramai, pelakon meningkat naik Adrina Kamaruddin harus melupakan seketika impiannya bergelar anak seni bagi menyelesaikan latihan siswazah sebagai seorang doktor.
Menurut Adrina, dia bakal berehat selama dua tahun dan nekad untuk kembali bersaing di dalam industri seni sebaik sahaja tempoh latihan selesai.
“Saya akan berehat sebentar daripada industri seni bermula Oktober ini kerana saya perlu selesaikan ‘housemanship’ atau latihan siswazah sebagai seorang doktor. Saya kena kembali menjalankan tugas sebagai doktor.
“Pada masa sama, saya akan cuba mengisi masa dengan apa sahaja tawaran dalam industri seni. Selepas dua tahun housemanship, saya akan kembali fokus seratus peratus sebagai anak seni,” katanya kepada MH.
Bintang kelahiran Hero Dewi Remaja 2023 itu berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media drama Perang Nasi Dagang Kelantan VS Ganu, baru-baru ini.
Jelas Adrina lagi, dia mempunyai perancangan untuk membuka klinik sendiri dan pada masa sama boleh memberikan tumpuan untuk bergelar pelakon.
Ads
“Saya akui memang penat dan enam tahun saya menuntut ilmu dalam bidang perubatan. Namun, bila saya sudah tamat housemanship, saya boleh merancang untuk buka klinik sendiri dan boleh bekerja ikut masa sendiri.
“Pada masa sama, saya boleh menceburi bidang seni juga,” ujarnya.
Ditanya mengenai respon ibu bapanya apabila dia tetap mahu meneruskan impian bergelar anak seni meskipun sudah bergelar doktor, ini respon Adrina;
Ads
“Pada mulanya, pihak keluarga ada yang mempersoalkan keputusan saya. Namun, sejak daripada kecil, saya memang sudah ditekankan untuk terus belajar sehinggalah menjadi doktor.
“Jadi, saya bagitahu bapa, saya minta izin, hanya kali ini sahaja saya ingin buat apa yang saya minat. Alang-alang sudah tamat belajar, dia izinkan tapi kena selesaikan juga latihan siswazah ini,” kongsinya lagi.
Mengakui agak risau sekiranya namanya bakal tenggelam, pelakon drama Awak Terlalu Ganu Untuk Saya ini tetap percaya dengan rezeki yang telah diaturkan Allah SWT.
Ads
“Saya sebenarnya agak risau dan sedih juga. Namun, saya berpegang kepada rezeki. Saya selesaikan housmanship kerana sudah belajar lama dan nak bahagiakan ibu bapa saya.
“Jadi, saya harap bila saya buat semua ini, Allah akan tolong murahkan rezeki saya bila saya kembali ke dalam industri semula,” tuturnya.
Dalam pada itu, Adrina memaklumkan dirinya juga sudah m membuat persiapan rapi dari segi mental dan fizikal untuk menempuh latihan siswazah ini.
“Saya akui housemanship merupakan satu tempoh yang sangat sukar dan mencabar. Seperti semua sedia maklum, ada yang akan berhenti separuh jalan.
“Sama juga seperti nak mula belajar dahulu, ramai yang kata bidang perubatan ini sangat susah. Ramai akan berhenti tapi disebabkan minat, saya lulus sekali jalan sahaja.
“Saya sudah setkan di kepala, apa jadi sekalipun, saya tetap kena habiskan housemanship ini dalam masa dua tahun kerana saya nak kejar semula impian dalam industri seni,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Azharina Azhar memberikan penghormatan dan dedikasi terakhir buat rakan artis yang juga vokalis kumpulan Screen, Gmie yang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.30 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Dalam satu perkongsian yang dibuat di laman Facebook, hubungannya bersama arwah rapat dan saling bertanya khabat sejurus sama-sama menyertai Gegar Vaganza musim ketiga (GV3).
“Asalamualaikum. Seorang Abang yang baik hati selalu tanya khabar Nina. Selalu bagi nasihat suruh jaga diri dan anak sebab dia tahu Nina duduk sendiri. Dari 2016 mengenali abang Gmie, kami sama-sama di GV3.
“Dia dan abang Ameng yang rapat dengan Nina waktu kami sama-sama di GV. Sedih sayu rawan rasa hati bila hari ini menerima berita abang sudah tiada,” tulisnya.
Penyanyi lagu Elergi Sepi ini turut menitipkan doa, mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.
“Semoga Allah Taala menempatkan roh abang di sisi orang beriman, senantiasa melapangkan kubur dan dijauhi azab kubur. Sama sama kita sedekahkan Al-Fatehah buat Arwah Abang Gimie Screen.
“Takda dah orang bawa Nasi Ambeng lepas ni kat Nina,” tulisnya lagi dan disusuli doa serta ucapan takziah dari peminat pada ruangan komen.
Terdahulu Awani melaporkan, Gmie atau nama sebenarnya, Hajmi Ibrahim meninggal dunia pada usia 50 tahun akibat penyakit buah pinggang berlubang.
Menurut anak Allahyarham, Siti Hadirah, beberapa hari sebelum ini, ayahnya kurang sihat dan hilang selera makan.
Bahkan, kata Siti Hadirah, Allahyarham juga pengsan di rumah sebelum keluarga menghubungi ambulans sebelum ini.
Gmie menempa nama sebagai antara penyanyi terbaik negara menerusi kumpulan Screen yang popular dengan lagu Bila Cinta Didusta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mood Republik Raya 2019 kini kembali lagi untuk tahun keenam yang bakal menggegarkan empat lokasi utama.
Meneruskan tradisi selama 72 jam tanpa henti bermula 24 hingga 27 Mei depan, pastinya acara beli belah terbesar sempena Aidilfitri, KL Raya Fest 2019 akan berlangsung di lokasi baru iaitu di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Malah, seramai 150 selebriti akan memeriahkan lagi suasana disana.
Antara selebriti yang akan memeriahkan Mood Republik seperti Rozita Che Wan, Emma Maembong, Zoey Rahman, Wawa Zainal, Scha Al-Yahya, Mira Filzah, Hairul Azreen, Janna Nick, Saharul Ridzwan dan ramai lagi.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mood Republik, Datuk Kimi Iskandar Ismail berkata tahun ini merekan akan mensasarkan 2.5 juta pengunjung.
“Tahun ini kami mensasarkan transaksi kewangan sebanyak RM100 juta dan lebih 2.5 juta pengunjung,”katanya kepada MH ketika ditemui di Kuala Lumpur petang semalam.
Lebih menarik, Mood Republik tahun ini memberikan kelainan dengan 1000
booth yang akan dibuka; 500 booth di Kuala Lumpur, 150 di Kedah, 200 di Pahang dan selebihnya di Kelantan.
“Kami pilih MITEC ni sebab lokasi yang lebih luas dan lapang. Tambahan pula, parking lot yang senang untuk pengunjung letak kenderaan mereka,” jelasnya.
Ditanya mengenai tradisi ‘hujan duit’ pada tahun lalu, tahun ini mereka akan melakukan (pemberian duit) secara lebih sopan selari dengan adat dan budaya Malaysia.
“Tahun ini kami menjaga sensitiviti dan adab kemelayuan kita dengan memberi sampul duit raya. Tapi, pastinya nanti akan ada rempuhan yang tak dijangka, kami akan kawal situasi ketika itu,” jelas Kimi.
Mood Republik 2019 akan mengegarkan empat lokasi iaitu:
MITEC, KL : 24 -27 Jun 2019 Grand Riverview Hotel, Kota Bahtu, Kelantan : 10-11 Mei 2019 TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah : 31 Mei- 1 Jun 2019 Sultan Ahmad Shah International Convention Centre, Kuantan, Pahang :
1-2 Jun 2019
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nama Pinkan Mambo cukup terkenal dahulu sebagai salah seorang duo asal daripada kumpulan Ratu bersama Maia Estiaty sebelum mengambil keputusan bergerak secara solo pada 2004.
Lagu hit mereka seperti ‘Salahkah Terlalu Mencintaimu’ popular sehingga kini.
Khabar terbaharu, Pinkan telah mendirikan rumah tangga buat kali keempat setelah tiga perkahwinan dahulu kandas di tengah jalan.
Memilih TikToker tekenal, Arya Khan atau nama sebenarnya Muhammad Rizky sebagai suami, Pinkan perlu membuat keputusan kembali semula memeluk agama Islam sebagai syarat.
Status agama penyanyi bersuara lantang ini disahkan sendiri oleh Arya saat bersiaran secara langsung di laman media sosial, Tiktok.
“Aku sudah beritahu, kalau mahu kahwin dengan aku, kamu harus menjadi Muslim. Aku tidak mahu berkahwin beza agama. Jadi kita sepakat, dia menjadi seorang Muslim,” ujar Arya memetik laporan suara.com.
Pernikahan Pinkan dan Arya berlangsung sederhana dan disiarkan di TikTok.
Pasangan ini melangsungkan pernikahan mereka pada tanggal 24 Disember 2023 bertempat di rumah Arya. Pinkan menerima mas kahwin bernilai Rp100 ribu.
Imbas kembali, Pinkan Mambo atau nama sebenarnya Pinkan Ratnasari Mambo dilahirkan sebagai muslim sebelum membuat keputusan untuk pindah agama kepada Kristian pada tahun 2005.
Kini berusia 43 tahun, Pinkan memiliki lima cahaya mata dari perkahwinan terdahulu.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara Elfira Loy mendedahkan, permulaan kariernya dalam industri seni bukan kerana minat, tetapi demi membantu ibunya, Filzah Yusoff, menambah pendapatan bagi menampung...