Pelakon dan krew, Ruzzlan Shah Abdullah dilaporkan sudah meninggal dunia. Berita sedih itu telah dimaklumkan rakan pelakon, Sheera Iskandar menerusi Instagram sejam lalu.
Malah, rakan pelakon, Salina Saibi turut berkongsi perkara sama.
“Innalillahiwainailaihirojiun…Abang Ruzzlan baru sahaja meninggal dunia. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.
“Baru sahaja semalam Sheera, Salina dengan Abang Kumar melawat Abang Lan dekat hospital, tak sangka hari ni dia dah pergi meninggal kan kita semua. Salam takziah buat keluarga Allahyarham. Al Fatihah. #detektifWong,” tulisnya.
“Assalamualaikum. Roslan/Lan Cina/Lan Producer /Detektif Wong #GerakKhas baru saja meninggal.. Jenazah sekarang di HUKM.. Al fatihah,” tulis Salina pula.
Ads
Bagaimanapun, sebab kematian Allahyarham masih belum dapat dipastikan, alfatihah.
Foto: Instagram Sheera Iskandar, Salina Saibi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Belum pun redha dengan penyakit demam kuning yang dialami anak Datin Almy Nadia dan Datuk Fizz Fairuz tempoh hari iaitu Nur Afrina Ayra, kini terjadi pula kepada anak kedua mereka, Nur Aurora yang tidak sihat.
Difahamkan, anaknya yang berusia 2 tahun itu kini mengalami demam influenza A.
Lalu, pelakon berkenaan meminta doa peminat agar kesihatan anak-anakknya kembali pulih seperti biasa.
“Tolong doakan my princess Aurora cepat sembuh…Demam influenza A.. kuarantin jawabnya.. esok papanya pula nak pergi singapore utk celebfest pulok.. nasib mama dah kuat.. syukur Alhamdulillah…doakan anak mama cepat sembuh ya semua,” tulis Almy.
Awal bulan lepas, penyanyi rap, Altimet pernah mengumumkan bahawa dia akan berhenti menyanyi pada usia 40 tahun.
Ternyata, esok (Jumaat) merupakan album terakhir Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad sekaligus merupakan album kelima buatnya.
Menerusi akaun Instagramnya pula, Altimet telah meluahkan rasa sedihnya itu dan memohon maaf sepanjang bergelar anak seni.
“Esok, album solo aku yang kelima & terakhir akan dizahirkan. Aku nak mintak maaf, sebab ralat, plan aku nak buat 3 album, terbabas sampai 5. Terima kasih kepada sesiapa yang pernah layan album aku, lagu aku, datang show aku, ambik gambar sama sama, nyanyi lagu aku kat karaoke ke annual dinner ke, mana2la. Terima kasih kepada semua orang yang mainkan lagu aku utk hiburkan diri atau orang lain,” tulisnya.
Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu Bunga itu juga berterima kasih kepada orang ramai yang selama ini menyokong kariernya sebagai seorang penyanyi.
“Terima kasih semua yang berbual pasal lagu2 aku samada secara positif atau negatif. Korang semua memainkan peranan langsung & tak langsung dalam perjalanan aku ni. Album ni cerita perjalanan tu selama hampir 20 tahun bergerak dalam industri ni,”tulisnya lagi.
Disamping itu, anak kelahiran Selangor itu turut menyatakan bahawa ada kisah disebalik album terbarunya itu.
“Album ni album kisah cinta aku dengan kawan paling rapat dengan aku, Muzik. Dah sampai masa aku dengan muzik jadi teman biasa. Aku harap korang enjoy album ni. Ingat, dalam album ni ada kisah dulu2 aku. Kalau ada yang jahil tu, paham2 ah aku bukan mcm tu lagi, dulu2 dah habis.”akhiri Altimet.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen berdukacita atas keputusan Altimet itu (berhenti menyanyi) dan ada juga yang berterima kasih kepadanya kerana telah mewarnai industri muzik tanah air.
Foto : Instagram Altimet
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya