Pelakon drama, Nor Amisah Abdullah dilaporkan meninggal dunia, awal pagi tadi di kediamannya, di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Berita sedih tersebut turut dimaklumkan rakan selebriti, antaranya Zulin Aziz menerusi laman Instagram.

Difahamkan, Allahyarhamah dipercayai meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas.

Zulin turut berkongsi cerita menariknya bersama arwah ketika sama-sama menjalani penggambaran sebuah drama.

“Dulu slalu blakon bersama.buatkan zulin kek biskut milo .Kawan zulin kat set ..Allah… Al-fatihah 😭🙏🏼semoga ditempatkan bersama2 dgn org2 yg beriman,” tulis Zulin menerusi foto yang dikongsi daripada sutradara, Eoon Shuhaini itu.

Arwah turut membintangi drama berjudul Arafah di samping Nabila Huda menerusi slot cerekarama, semalam.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman, al-fatihah.

https://www.instagram.com/p/BmXXnpHgzqo/?hl=en&taken-by=zulinaziz

Sementara itu, memetik laporan mStar Online, berita mengenai pemergian Nor Amisah ke rahmatullah turut disahkan rakan baik pelakon berkenaan, Numan Salleh.

Persatuan Seniman Malaysia turut mengeluarkan kenyataan media berhubung kematian arwah.

Apa Kata Anda