Pelakon Azhan Rani meluahkan rasa kecewa apabila pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit didakwa boleh berhadapan hukuman penjara serta denda sekiranya masih meneruskan misi bantuan di Semporna, Sabah.

Di samping memuji sikap mulia Ebit yang gemar memberi bantuan kepada orang ramai, bintang drama bersiri Nur 2 ini berharap pendakwah terkenal ini dilindungi oleh Yang Maha Kuasa.

Perkara tersebut dikongsian aktor tersebut di dalam satu hantaran di Instagtam buat tatapan umum.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

“Tak nak cakap banyak. Tak boleh tipu aku kecewa, marah dan geram dengan berita ni. Tak pernah dia gagal menginsafkan aku akan erti budi dan kemuliaannya.

IKLAN

“Tanpa gelar dan pangkat jasa baktinya tak pernah henti buat insan yang terpinggir kesan birokasi, nafsu politik, dan mabuk puji2 manusia. andai boleh ku gelar idola. Beliau adalah UEL (Uztaz Ebit Lew).

“Inilah negaraku. lindungilah insan mulia ini Ya Allah. #sumber : astro awani,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa selain turut berkongsi pendapat berhubung perkara tersebut.

IKLAN

Terdahulu, tular kenyataan daripada pendakwah bebas itu melalui laman sosial miliknya bahawa dia meminta maaf kepada penduduk di pulau-pulau di Semporna.

Dalam kenyataan tersebut, Ebit mendakwa tidak dibenarkan masuk ke pulau berkenaan dan diminta untuk menghentikan bantuan selain memaklumkan bahawa ia boleh dikenakan hukuman denda RM100,000 atau penjara tiga tahun.

IKLAN

Terkini, menerusi Sinar Harian, tiada halangan untuk pendakwah terkenal itu meneruskan misi bantuan, tetapi perlu memaklumkan kepada pihak berkaitan sebagai tuan rumah di daerah berkenaan.

Pegawai Daerah Semporna, Suhaimi Ejip berkata, beliau memahami niat ikhlas Ebit Lew tetapi pihaknya tidak menerima kunjungan daripada pendakwah bebas itu sendiri dan hanya memaklumkan tujuannya untuk masuk ke pulau berkenaan selain mahu mendirikan struktur untuk pembinaan sekolah.

Suhaimi seperti yang dipetik menambah, perkara tersebut perlu mengikut protokol iaitu permohonan untuk mendirikan struktur melalui proses di bawah Ordinan Tanah Bab 68 (permohonan tanah) terlebih dahulu bagi tujuan pembinaan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di kawasan pulau.

Foto: Instagram Azhan Rani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI