“Semoga Kekal Sampai Syurga,” – Rakan Artis Annie Mosha Selamat Nikah, Janna Nick Tumpang Gembira

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon Annie Mosha yang telah selamat mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya, hari ini.

Berita gembira tersebut dikongsikan rakan pelakon, Janna Nick sambil menitipkan doa yang baik buat pasangan mempelai.

“Sahabat saya dah kawin! Semoga kekal sampai syurga @annie_mosha & Achey,” tulis Janna di Instagram.

Hadir mengenakan dres hitam belah, Janna turut memuat naik momen indah sepanjang majlis.

Hubungan akrab mereka sememangnya sudah sinonim di kalangan peminat selepas keduanya bergandingan menerusi drama bersiri, Leftenan Zana.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN