Pelakon dan usahawan, Nur Fazura tampil memberikan responnya berhubung tindakan segelintir pihak yang sering mengaitkan namanya apabila timbul isu melibatkan selebriti lain.
Jelas Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, dia kini lebih selesa untuk memberikan sepenuh tumpuan terhadap diri serta keluarganya kerana merasakan dia tidak mempunyai kuasa untuk mengawal segala tindak tanduk orang lain.
“Saya tiada pesanan dan tak tahu pun nak pesan apa kepada orang luar. Ketika ini, apa sahaja yang saya buat, saya hanya fokus kepada diri sendiri dan keluarga.
“Saya juga mahu memperbaiki setiap kelemahan diri saya. Kalau ada netizen nak kaitkan nama saya untuk apa-apa isu, saya tidak boleh menghalang mereka.
“Saya hanya terima apa sahaja yang positif dan teruskan sahaja dengan kehidupan. Saya tak nak fokus kepada perkara-perkara negatif ini,” katanya kepada MH.
Meskipun terpaksa membahagikan masa demi bisnes dan keluarga, isteri kepada pelakon Fattah Amin ini tetap bersyukur kerana segala urusan sentiasa dipermudahkan.
“Alhamdulillah, saya sangat tenang sekarang. Sudah tentu saya kena pandai membahagikan masa saya untuk menguruskan anak, suami dan bisnes.
“Allah telah permudahkan segalanya. Saya pun susun segalanya dengan baik. Saya rasa sempurna walaupun ada rintangan dan dugaan, saya anggap ia perkara biasa,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Fazura turut mengumumkan dirinya kini sedang merancang untuk menimang cahaya mata kedua.
“InsyaAllah, saya kini dalam perancangan untuk menimang cahaya mata kedua. Saya tengah bersedia nak ‘buka kilang’ tapi saya kena rancang betul-betul memandangkan saya juga punyai komitmen-komitmen lain.
“Saya berdoa semoga Allah permudahkan segala hasrat saya untuk tahun 2023,” kongsinya lagi.
Meskipun mengharapkan kehadiran cahaya mata lelaki, pelakon filem Gol & Gincu ini tetap percaya dengan segala aturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
“Mudah-mudahan…kerana rezeki datang daripada Allah SWT. Memang saya mengharapkan anak lelaki tapi kalau anak perempuan pun saya terima. Itu ketentuan yang maha Esa.
“Di luar sana, masih ramai lagi yang mengharapkan zuriat. Tak kisah apa jantinanya, asalkan sihat,” akhirinya.
Terdahulu, Fazura merupakan salah seorang penerima anugerah Nona Superwomen 2022 bagi kategori Nona Hijab Business Award.
Untuk rekod, Fazura berkahwin dengan Fattah pada 27 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata, Fatima pada 2 Oktober 2020.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Nur Fazura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seperti minggu-minggu sebelumnya, stesen televisyen, TV3 akan memuat naik poster yang memaparkan senarai lagu yang bakal dipersembahkan oleh peserta-peserta program realiti, Famili Duo di laman Instagram.
Bertemakan ‘Lagenda & Idola’, para peserta dilihat akan membawakan lagu-lagu hits daripada penyanyi-penyanyi terkenal tempatan dan antarabangsa.
Bagaimanapun, poster tersebut dilihat sedikit pelik apabila duo yang terdiri daripada gandingan selebriti Naim Danial dan Sissy Iman tidak diletakkan di dalam senarai.
Situasi ini nyata menimbulkan tanda tanya dikalangan netizen tentang status duo tersebut di program berkenaan.
“Sissy Iman dan Naim Danial tak ada?
“Sissy tarik diri ke?
“Mana Naim Daniel dan Sissy Iman? Apa dah jadi ni?
“Tarik diri ke tiada dalam gambar,” antara komen-komen netizen.
Bagaimanapun, sehingga kini, pihak produksi Famili Duo dan peserta Naim serta Sissy dilihat masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung spekulasi tersebut.
Namun, ada juga daripada kalangan netizen yang berharap agar Sissy dan Naim akan tetap muncul dan membuat persembahan pada minggu ketujuh ini.
Terdahulu, Sissy dan Naim menerima kritikan pedas Mas Idayu selepas mempersembahkan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini dalam irama keroncong.
Rentetan kritikan itu, Sissy dilihat menangis di atas pentas.
Malah, menurut laporan Harian Metro, bapa Sissy, Mohammad Kamil Mustaffa memaklumkan anaknya itu hanya berkurung dalam bilik, mendiamkan diri dan hanya keluar apabila dipanggil untuk makan.
Sehingga kini, isu mengenai krititan pedas itu masih lagi menjadi antara topik hangat yang diperkatakan netizen sehingga turut mendapat respon daripada penggiat-penggiat seni yang lain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram TV3 & Naim Daniel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebelum ini dilihat cukup lantang membantah penganjuran konsert artis antarabangsa, kali ini, PU Syed sekali lagi menyeru orang ramai agar menolak kemasukan kumpulan Kpop popular dunia, Blackpink ke Malaysia pada Mac nanti.
Menerusi laman Instagram miliknya, Syed atau nama sebenar, Syed Mohd Bakri Syed Ishak Benyahya berkata hal itu perlu dilakukan agar maksiat dan perkara-perkara duniawi yang melalaikan tidak terus berleluasa lebih-lebih lagi dalam kalangan anak muda masa kini.
“Kumpulan Kpop Blackpink akan datang ke Malaysia.
“Saya menyeru semua umat Islam agar sama-sama kita melakukan usaha membantah dan menentang sepenuhnya atas penganjuran konsert yang mengarut ini!
“Sekat mereka daripada hadir!! Cukuplah maksiat bermaharajalela berleluasa berlaku.
“Cara pemakaian, cara hidup, cara berhibur semakin hari semakin melampau!” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menurut Syed lagi, dia sudah melancarkan bantahan tersebut sejak bulan Oktober tahun lalu bagi mengekang konsert tersebut berlangsung di negara ini.
“Jika 2019 pernah dicadang nak bawa BTS…walaupun tak berjaya, kini Blackpink pula!
“Saya dah lancarkan bantahan terhadap penganjuran ini sejak Oktober 2022 lagi.. tak kira kerajaan mana yang mentadbir, pihak mana yang mengurus.. Bantah tetap bantah!” tegasnya lagi.
Blackpink yang dianggotai Jennie, Jisoo, Rose dan Lisa dijadual bakal mengadakan konsert jelajah Blackpink Born Pink World Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 4 Mac ini.
Sebelum singgah di Kuala Lumpur pada Mac ini, Blackpink yang popular dengan lagu Kill This Love ini terlebih dahulu telah menghiburkan peminat mereka di Bangkok dan Riyadh, Arab Saudi pada awal bulan ini menerusi siri jelajah tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...