Pelakon Anita Baharom Bakal Kahwin Minggu Depan?

Share

Pelakon Anita Baharom dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya, Engku Isyamuddin Tuan Losin pada 22 Disember depan selepas hampir setahun bergelar ibu tunggal.

Difahamkan, majlis hari bahagia pasangan itu bakal berlangsung di sebuah dewan di Subang Jaya, Selangor dan majlis resepsi akan diadakan pada keesokan harinya di lokasi sama.

Imbas kembali, Anita yang sinonim menerusi drama remaja Dunia Baru sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Ismadi.

Perkahwinan yang dibina lebih 16 tahun itu diuji apabila suaminya meninggal dunia pada 1 Januari lalu.

Ismadi meninggalkan Anita bersama tiga cahaya mata mereka, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Iskandar.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

IKLAN