Wow, MH rasakan filem aksi tempatan kini mula setanding dengan filem antarabangsa. Baik dari sinematografi mahupun pemibikinan filem.

Nampaknya setelah berjaya dalam dua naskah sebelum ini, filem Mat Moto arahan bersama Syafiq Yusof dan filem dokumentari, Madness of Borneo, Pekin Ibrahim semakin yakin untuk kembali mengarah filem keduanya, KL Wangan.

Filem tersebut mengambil maksud dalam bahasa Jepun untuk dijadikan judul. Wangan-Sen salah satu lebuhraya yang sering digunakan perlumbaan kereta pada waktu malam di Jepun.

Apa yang menarik, Pekin mendedahkan terpaksa ‘mengorbankan’ tiga buah kereta mewah Nissan Skyline tau!

IKLAN

“Ya, betul…tiga buah Skyline terpaksa saya korbankan untuk filem ini. Semuanya kerana saya nak setiap babak nampak ‘real’.

 

“Saya tak ralat kerana saya mahu semua penonton mendapat kepuasan, dalam masa sama ingin memberitahu kepada orang di luar sana yang KL Wangan bukan produk ‘main-main’,” katanya.

Filem aksi tersebut telah menelan kos belanja yang agak tinggi sehingga Rm5 juta untuk keseluruhan proses pembikinana termasuk kos pemasaran dan promosi.

Pekin ‘Korbankan’ Tiga Buah Nissan Skyline Demi KL Wangan

IKLAN

“Saya tahu mungkin akan ada yang bertanya mengapa KL Wangan menelan belanja yang begitu besar, tetapi percayalah, mereka akan faham selepas menonton nanti.

 

 

“Untuk menghidupkan setiap babak dan merealisasikan filem aksi bukan suatu perkara yang mudah. Biar habis wang, tenaga dan masa…asalkan hasilnya tidak mengecewakan.

 

 

“Bagaimanapun saya bersyukur kerana bebanan perbelanjaan itu dapat dikurangkan dengan bantuan penaja

Lebih membanggakan filem ini mendapat sokongan dan tajaan penuh daripada syarikat automobil bertaraf antarabangsa, Volkswagen Malaysia.

Sebagai tarikan, filem ini juga menampilkan pelakon berpengalaman, Faizal Hussein sebagai teraju utama. Siapa yang tak minat dengan Faizal kan, pelakon yang cukup berkarisma.

IKLAN

Pekin ‘Korbankan’ Tiga Buah Nissan Skyline Demi KL Wangan

Selain Faizal, filem ini turut dibintangi Emily Lim, Kazuto Soon dan Jasmine Suraya.

Sumber : Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI