Aduh pecah perut MH bila tengok episod terbaru Motif Viral yang memanggil Diana Dahlan datang ke studio rakaman mereka.

Jika selama ini mereka riuh rendah dengan gelak tawa, tetapi di episod ini mereka menjerit ketakutan apabila secara tiba-tiba lampu di studio dipadam dan menerima tetamu misteri berkebaya merah.

MH geli hati melihat bagaimana mereka respon dengan kehadiran Datin Seri Umie Aida yang in character sebagai Diana.

Malah lebih melucukan apabila pengacara ini turut ketakutan untuk bertentang mana dengan Umie.

Paling tak tahan, Umie turut sempat menyakat pengacara-pengacara ini dengan ‘kejutan’ perkataan mistik sehingga semua menjerit terperanjat.

IKLAN

Pecah Perut Tengok Motif Viral Ketakutan Kerana Diana Dahlan!

Bukan itu sahaja, Umie Aida turut berkongsi cerita tentang pengalamannya yang cukup menakutkan.

Dalam pada itu, Umie turut memberitahu segala jampi yang digunakannya ketika pengambaran adalah bacaan jampi yang sebenar dari Bahasa Batak.

IKLAN

Umie juga sempat menyanyi dan membuat semua orang meremang dengan suaranya.

Pecah Perut Tengok Motif Viral Ketakutan Kerana Diana Dahlan!

IKLAN

Malah yang turut hadir dalam program ini adalah Faizal Hussien yang juga merupakan watak penting dalam Dukun.

Faizal turut berkongsi dia pernah dikejutkan dengan realistik prop yang dibuat oleh krew filem ini ketika ingin ke tandas.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI