“Patutlah Rakyat Pahang…” – Video Almarhum Tegur Pemancing Tepi Sungai Buat Netizen Sebak

Share

Negara masih lagi berduka atas kemangkatan Almarhum Sultan Ahmad Shah 22 Mei lalu. Netizen tidak putus-putus memanjatkan doa agar roh Almarhum ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Menerusi perkongsian Haiza, sebuah rakaman Almarhum dilihat mencemar duli memandu kereta di dalam keadaan banjir sambil bermesra dengan rakyat jelata.

Sultan Ahmad menurunkan tingkap kereta sambil bertanya kepada beberapa individu yang sedang di dalam bot memancing ikan.

Malah, Almarhum turut menyatakan jalanraya tidak boleh digunakan kerana banjir teruk.

Patutlah rakyat Pahang sayangkan DYMM Paduka Ayahanda Sultan kerana Almarhum sangat dekat dengan rakyat jelata.. Al-Fatihah.”

Netizen yang menonton sebak dengan kemesraannya yang tidak berbelah bagi.

Malah, ada antara mereka yang berkongsi momen istimewa peluang bertemu Almarhum sewaktu masih hidup.

Semoga Almarhum Sultan Ahmad Shah ditempatkan di kalangan para solehin dan syuhadah.

Foto : Instagram Haiza

IKLAN