“Patut Call Tak Dapat, Bertunang Rupanya,” – Tiada Angin Tiada Ribut, Aiman Hakim-Zahirah Sah Bertunang. Tahniah!

Share

Sebentar tadi, dunia hiburan tempatan telah dikejutkan dengan perkongsian foto tunang melibatkan pasangan selebriti sama cantik sama pasan, Aiman Hamin Ridza dan Zahirah MacWilson.

Kedua-kedua mereka masing-masing berkongsi sekeping foto dengan kapsyen ringkas, tetapi cukup untuk menjelaskan segala-galanya.

Lalu menerusi ruangan komen, pasangan ini dihujani dengan ucapan tahniah dari para peminat termasuk rakan selebriti yang turut memberikan dedikasi istimewa buat keduanya.

Terdahulu, Aiman dan Zahirah masing-maing mulai rapat sejak beberapa bukan lalu ketika masing-masing terlibat sama menerusi drama rantaian, Curi-Curi Cinta.

Tahniah buat kalian dan semoga hubungan bakal berlabuh menerusi bahtera perkahwinan.

Foto: Instagram Zahirah, Aiman

IKLAN