“Patut All The Time Dia Senyum,” – Semua Terkejut Ending Takdir Yang Tertulis, Mika Rupanya Anak Hakim?

Share

Drama yang mencipa fenomena, Takdir Yang Tertulis lakonan mantap para pelakon utamanya, Nazim Othman, Nad Zainal dan Elvina Mohamad sudah pun melabuhkan tirainya pada Selasa.

Malah, episod akhir drama yang bersiaran sebanyak 15 episod menerusi slot Samarinda di TV3 itu turut diperkatakan ramai hingga menjadi trending di laman Twitter.

Semuanya gara-gara kejutan di penghujung episod akhir bila mana Mika (Isaac Iman) yang sebelum ini didedahkan sebagai anak kepada Ruhila dan Ean lakonan Alvin Chong, rupanya mungkin juga anak kepada peguam kepada Che Salmah, Hakim yang dilakonkan Muaz Fitri. 

Lalu menerusi posting terkini Nad Zainal di Instagram, dia yang mendukung watak sebagai Juweta turut berkongsikan respon.

“Patut all the time dia senyum. Laa belum move on. Takdir Yang Tertipu,” tulisnya ringkas.

Lalu, foto yang merakamkan babak Hakim dan Ruhila itu pantas menerima reaksi pelbagai di kalangan warganet.

Rata-ratanya terkejut dan ada yang meminta drama tersebut disambung ke musim kedua.

Diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin, drama ini mengisahkan konflik perhubungan di antara empat kenalan iaitu Azlan, Juweta, Ean dan Ruhila.

Ruhila merupakan teman rapat kepada Juweta yang seorang wanita tegas dengan memiliki ego yang tinggi melangit.

Sementara Azlan pula ialah seorang lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja atas nama cinta namun sentiasa menghadapi masalah bersama isterinya, Juweta.

Ruhila pula yang berpasangan dengan Ean, ditampilkan sebagai seorang wanita positif sebelum takdir mengubah dirinya menjadi seseorang yang berbeza daripada sebelumnya.

Foto: Instagram Nad Zainal

IKLAN