Ibu kepada selebriti dan usahawan Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini menyambut baik hasrat anaknya itu yang merancang untuk berhijrah ke Tanah Arab bagi memberi laluan kepada suaminya, Haris Ismail untuk menyambung pengajian.
Menurut Kartini, dia menggalakkan anak-anaknya yang lain berhijrah mengenangkan sisi positif yang boleh diambil daripada perkara tersebut.
“Saya bersyukur sangat sebab kalaulah saya pun diberikan peluang pada umur muda seperti anak-anak, akan berbuat perkara sama. Macam sekarang pun, saya beritahu pada mereka, siapa yang boleh hijrah pergilah.
“Bila kita hijrah, lagi luas pengalaman dan lebih banyak perkara yang boleh kita lakukan. Saya menyokong hasratnya (Neelofa), InsyaAllah,” katanya.
Kartini berkata demikian ketika ditemui di Majlis KUCATÉ Gold Rally Winner Celebration di Mutiara Damansara, petang Rabu.
Majlis berkenaan dianjurkan khusus untuk meraikan Business Partner KUCATÉ yang telah
berjaya mencapai sasaran untuk memenangi cabaran Rally for Gold pada bulan Mei 2022.
Seramai 10 Business Partner KUCATÉ dengan pencapaian jualan peribadi tertinggi telah dihadiahkan 999 Gold Wafer Coin dengan kadar beat emas yang berbeza mengikut pencapaian masing-masing.
“Saya amat berbangga dengan pencapaian Business Partner KUCATÉ yang telah menyahut cabaran Rally for Gold yang berjalan sepanjang Mei lalu.
“Majlis istimewa ini adalah cara saya untuk meraikan pencapaian mereka dan juga untuk menyemarakkan semangat serta memberi inspirasi kepada Business Partner KUCATÉ yang lain untuk turut berjaya,” katanya yang juga Pengarah Urusan KUCATÉ.
Terdahulu, Neelofa menerusi sebuah program bual bicara berkongsi mengenai hasratnya itu di samping ingin mendedahkan anak sulung, Muhammad Bilal kepada persekitaran baharu.
“Kami sekeluarga mempunyai impian untuk berhijrah ke tanah arab sama ada Madinah atau Mesir untuk suami sambung belajar.
“Pada masa yang sama, kami mahu dedahkan anak kepada persekitaraan di sana dan saya boleh ambil peluang untuk belajar bahasa Arab,” katanya.
Tambah Neelofa, 33, dia juga menyimpan impian untuk mendalami ilmu Al-Quran di samping menguasai bahasa Arab.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsi satu ciapan yang dibuat seorang individu di Twitter yang mendakwa dia seolah-olah menggunakan khidmat orang dalam atau ‘kabel’ untuk menjadi duta beberapa jenama makanan.
Penyanyi yang sinonim dengan lagu Asmara Ini memuat naik kembali ciapan tersebut di Instagram miliknya.
“Kuat betul cable chef fazley tu eh. Semua kedai tepek muka dia lol,” ciap individu berkenaan sambil turut dibalas Fazley.
Dalam pada itu, dia menerusi ruangan kapsyem hantaran terbabit memberikan respon susulan dakwaan terbabit.
Jelasnya, kejayaan yang dimilikinya hari ini adalah atas berkat doa ibu dan isteri tercinta.
“Memang kabel saya kuat! Kabel doa Ibu dan isteri sehari 5 kali yang wajib dan doa berkali-kali yang sambil-sambil masak,
“Sambil tengok Netflix, sambil kemas baju, sambil basuh pinggan. Kabel memang kuat bhai! Nak try kabel saya tak?,” tulisnya sinis.
Selebriti popular, Neelofa baru-baru ini berkongsi video ‘unboxing’ beg jenama terkenal dunia, Burberry buat tatapan peminatnya.
Menerusi Tik Tok, bekas hos program hiburan MeleTOP itu bersyukur atas rezekiNya.
“Alhamdulillah rezeki Allah bagi, ni hadiah dari brand Burberry,” tulisnya ringkas menerusi ruangan kapsyen.
Video yang dikongsi turut merakamkan momen Neelofa membuka bingkisan berkenaan sambil menunjukkan beg dalam rona pastel yang nyata sesuai buat wanita elegan sepertinya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat meninggalkan komen mencuit hati dan tidak kurang yang tumpang gembira melihat kejayaan figuran terkenal Kelantan ini.
Neelofa diakui gemar berkongsi kenangan indahnya bersama peminat menerusi media sosial yang seterusnya boleh memberikan inspirasi kepada semua.
Terdahulu, Neelofa turut memuat naik video produk Inai yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Video ‘unboxing’ berkenaan sehingga kini sudah pun ditonton lebih 500,000 kali.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...