Dilihat makin akrab bersama, pelakon Sherie Merlis menyifatkan bahawa hubungannya bersama aktor, Hasnul Rahmat tidak lebih daripada sahabat baik.
Menurut Sherie atau nama sebenarnya Sharifah Saadah Wan Zainal Kassim, bukan mudah buat seseorang pelakon untuk mempunyai sahabat baik berikutan komitmen kerja yang sangat sibuk.
Namun, dia menghargai persahabatan yang terjalin selain menganggap Hasnul sebagai seorang rakan yang memahami.
Hargai Hubungan
“Saya dan Hasnul hanya berkawan. Sebagai pelakon, perkara yang paling menyedihkan ialah kita susah nak mencari kawan.
“Bila kita rapat dengan seseorang, pada permulaannya kita akan mudah berjumpa. Kemudian, kita akan kembali sibuk dengan penggambaran yang memakan masa berbulan-bulan.
“Itu membuatkan orang berasa bosan. Bila lagi mereka boleh berjumpa dengan saya. Mereka mungkin boleh datang ke set tapi saya perlu bekerja 24 jam. Macam mana mereka nak tunggu?
“Bila nak rapatkan kembali hubungan itu jadi agak susah. Orang tak boleh nak menunggu dan banyak aktiviti kita tak boleh buat bersama,” katanya kepada MH.
Sherie berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Bisikan Dosa di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada Isnin.
Katanya lagi, dia dan Hasnul sangat memahami jadual kerja masing-masing dan mereka tiada masalah jika lama tidak berjumpa.
Ads
“Bila saya bersama dengan Hasnol, dia adalah seorang kawan yang baik. Kami sentiasa menyokong antara satu sama lain. Ada juga masa yang kami tak dapat nak berjumpa kerana sibuk dengan jadual masing-masing.
“Namun, kita faham situasi masing-masing,” katanya lagi.
Bakal Ada Hubungan Serius?
Ditanya sama ada dia dan Hasnol mempunyai perancangan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius, ini reaksi Sherie;
“Terima kasih kerana bertanya soalan ini terus kepada saya dan bukan dengar daripada orang lain. Nak kata kami ada hubungan seperti kekasih, saya tak boleh nak mengiyakan.
Ads
“Anda perlu bertanya kepada Hasnul juga. Ia tidak adil kalau saya main cakap sahaja. Kami belum sampai tahap nak mencari publisiti dengan isu sebegini.
“Hasnul adalah antara pelakon lelaki yang rapat dengan saya. Saya juga ada berkawan dengan pengarah dan penolong pengarah. Mereka sahaja yang faham saya. Tak call pun mereka tak kecil hati,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Sherie akui menghargai persahabatannya bersama Hasnul yang bertahan sehingga hari ini.
“Perkenalan kami bukanlah sejak dari awal bergelar artis tapi sebelum saya berkahwin. Namun, ketika itu, Hasnul sudah ada girlfriend. Kemudian, berkahwin dan cerai. Kami tetap berkawan.
“Ketika ini, susah untuk mencari kawan baik. Sesiapa yang sanggup bertahan menjadi kawan saya, saya hargai sangat pengorbanan mereka,” akhirinya.
Ads
Untuk rekod, Sherie pernah berkahwin dengan pelakon Esma Daniel pada 1992 namun bercerai lima tahun selepas mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Habib Daniel dan Harith Daniel.
Sherie kemudiannya bernikah dengan penerbit muzik Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid atau lebih dikenali sebagai Ash pada 2 Januari 2012.
Bagaimanapun, pasangan ini difahamkan sudah berpisah pada Disember 2023 selepas Ash memuat naik hantaran memberitahu dia kini bergelar bapa tunggal.
Sherie dan Ash dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tengku Kaseh Anaqah dan Tengku Areef Bolkiah As Syafiee
Selepas Sherie kembali solo, tular dakwaan mengatakan dia dan Hasnul sedang menjalin hubungan cinta kerana sering dilihat keluar bersama.
Dalam perkembangan lain, Sherie bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul Bisikan Dosa yang akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 9 Januari ini.
Selain Sherie, Bisikan Dosa turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Farid Kamil, Sara Ali, Uqasha Senrose dan Juliana Evans.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencipta kejayaan bersama apabila berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, Sabah hari ini.
Khabar itu dikongsikan sendiri oleh Bella menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Menurut Bella yang juga anak kelahiran Sabah, eksplorasi pendakian tersebut amat bermakna, lebih-lebih apabila mereka turut berkesempatan untuk menggayakan busana tradisional di puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara itu.
“Akinabalu sudah kami tawan. Alhamdulillah kami berjaya lakukannya. Pakai baju raya mendaki Gunung Kinabalu.
“Pendakian bermula jam 3 pagi,” tulisnya.
Jelas penyanyi lagu Bermanja-Manja ini lagi, segala penat lelahnya seakan hilang begitu sahaja saat menyaksikan keindahan ciptaan tuhan di puncak gunung.
“Pendakian yang penuh bermakna. Penat dia saya tak boleh nak ungkap dengan kata-kata tapi bila tengok pemandangan, mashaAllah memang tidak ternilai cantik betul Akinabalu,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum dengan pencapaian yang membanggakan itu.
“Alhamdulillah. Tahniah buat kalian berdua.
“Tahniah Bella dan Syed Saddiq. Walaupun tak pernah dibuat orang daki gunung pakai baju melayu dan kurung tapi korang berjaya lakukannya.
“I love this for you. Going on new adventure with someone new and healing from the past,” antara komen-komen netizen.
Malah, ada juga yang sempat mengusik agar Bella dan Syed Saddiq segera mendirikan rumah tangga.
“Terus la photoshoot prewedding. Baju dah ‘ngam’ tu.
“Bukan teaser wedding kan?
“Okay lulus boleh kahwin. YB nak test serasi ke tidak tu. Kata orang, kalau betul-betul nak kenal seseorang, kena pergi bercuti dan hiking sekali.
“Kahwin la cepat. Tak sabar nak tengok naik pelamin pula,” antara komen-komen netizen.
Difahamkan Bella dan Syed Saddiq memulakan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu pada Khamis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena dengan tahun baru 2025, pelakon dan usahawan Kiah Propa, 45, tampil memuat naik sepotong video yang menjentik hati ramai bersama suaminya, Mohamad Nazri Ismail.
Menerusi video yang dikongsikan menerusi Instagram itu, Kiah Propa atau nama sebenarnya, Siti Rokhaida Abdul Khalil dilihat menangis sambil ditenangkan suami di ruang hospital.
“Throwback… Aku rindu suami aku yang boleh berdiri dan ada upaya begini. Doaku malam bulan Rejab ini, moga sakitnya diangkat oleh Allah swt,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Hantaran yang kini menerima hampir 8,000 tanda suka itu pantas menjadi sorotan dan rata-rata warganet mendoakan yang terbaik buat mereka seisi keluarga.
“Allah permudahkan segala urusan Kak Kiah Propa, Aamin ya Mujib.”
Imbas kembali, Kiah Propa kembali mendirikan rumah tangga bersama Mohamad Nazri Ismail selepas lapan tahun bercerai dan membawa haluan masing-masing sebelum ini.
Kiah Propa menjelaskan, dia terbuka hati merujuk dengan Mohamad Nazri untuk menjaga lelaki itu yang kini berjuang melawan penyakit kanser dihidapinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini dunia hiburan negara seberang dikejutkan dengan pengakuan pelawak popular dan pelakon, Dede Sunandar yang mengambil keputusan kerja di restoran sebagai punca rezeki.
Menerusi foto yang tular di media sosial, Dede dilihat sedang memegang penyapu sambil menjawab soalan pelanggan yang hadir ke restoran tempat di mana dia bekerja.
Tampil meredakan keadaan, figura berusia 35 tahun itu berkongsi hal sebenar mengapa dia bekerja di restoran dalam temubual khas bersama Raffi Ahmad dalam rancangan Four Your Pagi yang disiarkan di saluran YouTube SCTV pada 7 Januari 2025.
“Jadi setelah pilihan raya, sudah tiada panggilan daripada stesen televisyen. Gara-gara itu wang habis. Jadi selepas itu ada yang menawarkan saya untuk menjadi MC di sebuah kafe,” jelasnya menjawab persoalan Raffi Ahmad
Tidak kekok menjelaskan perihal yang tular mengenai dirinya, Dede bercerita lanjut tentang tugasannya di kafe tersebut sehingga dia turut menjalankan tugas sebagai seorang pelayan.
“Kerana sebelum ini saya pernah menjadi pelayan jadi saya menunjukkan kepada teman sekerja bagaimana menjadi pelayan, tetapi kemudiannya banyak yang memberi maklum balas kepada saya.
“Mereka menyangkakan yang kafe itu milik saya. Saya di kafe itu sebagai MC namun dan acara berlangsung setiap hari,” kongsinya yang turut menyatakan bahawa kafe itu milik individu lain yang bernama Gibran.
Pernah berada di puncak populariti dan menang anugerah pelawak paling digemari di Indonesian Academy Awards 2022, dia yang berasal dari Ciamis, Jawa Barat ini turut mengakui berasa sedih dengan keadaannya kini.
“Perasaannya semestinya sedih kerana biasa memegang banyak wang senilai puluhan mahupun ratusan juta (rupiah).
“Apabila tiada penggambaran saya hanya membawa pulang wang tip sebesar 100 atau 200 ribu sahaja. Dapat 200 ribu rupah pun sudah berasa senang,” ucapnya.
Imbas kembali, Dede Sunandar pernah bekerja sebagai kerani pejabat dan pelayan sebelum muncul sebagai pelawak di rancangan Opera Van Java yang mengangkat namanya dalam arena komedi Indonesia.
Dia berkahwin dengan Karen Hertatum pada 2014 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.