“Parking Yang Dulu Boleh Muat 4 Biji Kereta Diubah…,” – Mak Abah Tak Larat Naik Tangga, Achey Renovasi Rumah Baru Demi Orang Tua

Share

Pelawak dan penyanyi, Achey mendedahkan dirinya mengambil keputusan untuk mengecilkan ruang parkir di kediaman barunya.

Penambahbaikan itu dibuat demi menyediakan ruang khusus buat kedua orang tuanya yang kian uzur.

Jelasnya lagi menerusi satu posting di Instagram baru-baru ini, ruang parkir diubah suai menjadi sudut ruang tamu sebagai pesan dan kemudahan ibu bapanya.

Malah, ruang sama turut menyediakan sebuah tandas khas.

“Parking yang dulu boleh muat 4 biji kereta di ubah menjadi 2biji sebab mak abah pesan tarik ruang tamu untuk mak abah lepak bawah.

“Mak abah tak larat naik tangga jadi solusinya ituu, buatkan satu toilet kecil untuk diorang jugak.. setle.. #10tahunimpian,” tulisnya sambil memberikan kredit.

Achey sebelum ini ada berkongsi mengenai kediaman baru berupa rumah tiga tingkat yang menjadi impiannya selama 10 tahun.

Untuk rekod, Achey atau nama sebenarnya, Mohd nasir Hamzah mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahya pada 2011 dan pasangan ini turut mempunyai seorang cahaya mata, Nur Tiara Zinnirah.

Foto: Instagram Achey

IKLAN