Semalam, MH berkesempatan untuk menghadiri Majlis Pelancaran Produk Terbaru Samsung Galaxy s9 dan S9+.

Apa yang menarik mengenai pelancaran kali ini adalah kehadiran seorang pelakon Korea Selatan, Park Bo-gum sebagai ‘duta’ produk tersebut.

Park Bo-gum Suka Makan Durian?

Biasalah peminat Malaysia kan? Bila dengar sahaja artis luar negara datang, terutamanya daripada negara Kpop mestilah tidak akan melepaskan peluang untuk melihat selebriti tersebut kan?

Pekarangan Pusat Membeli-Belah, Pavillion dibanjiri oleh para peminat Bo-gum, daripada ‘ground floor’ hinggalah ke tingkat paling atas! Malah ada yang sudah ‘stand-by’ sejak tengah hari lagi untuk mendapatkan ‘port’ terbaik melihat aktor berkenaan.

IKLAN

Saat Bo-gum menjejakkan kaki ke atas penta, satu Pavillion bergema dengan sorakan peminat, walaupun ini merupakan kali kedua aktor ‘Love In The Moonlight’ menjejakkan kaki ke Malaysia, namun tidak ramai yang berkesempatan untuk bertemunya sebelum ini.

Park Bo-gum Suka Makan Durian?

Dalam sesi soal jawab, pengacara sempat bertanyakan aktor tersebut mengenai buah pilihannya iaitu sama ada strawberi ataupun durian.

IKLAN

“Saya pernah makan durian, sedap rasanya! Oleh itu, kalau diberi dua pilihan buah-buahan itu, saya akan makan durian dahulu, kemudian strawberi,” katanya.

Haa…artis korea pun boleh makan durian tau! Rakyat Malaysia yang tak suka durian ni apa cerita?

Dalam pada itu, kalau dilihat karier Bo-gum agak perlahan sekarang ini, justeru itu, dia sempat berkongsi perkembangan terbarunya bersama peminat, semalam.

IKLAN

“Terima kasih kepada semua peminat yang menyokong saya, tahun ini saya akan cuba melakukan yang terbaik serta muncul dalam drama demi peminat semua.

“Aku cinta padamu (dalam bahasa Malaysia),” katanya.

Sementara itu, ada tiga orang peminat bertuah yang tentu tidur indah malam semalam apabila dapat naik ke atas pentas dan bertemu secara dekat dengan Bo-gum.

Bukan itu sahaja, Bo-gum juga memberikan ‘fan-service’ yang terbaik pada mereka membuatkan peminat lain cemburu. Selain itu, 50 peminat bertuah juga dapat bertemu dengan aktor tersebut untuk satu mini ‘meet & greet’.

Park Bo-gum Suka Makan Durian?

Apa-apapun, pada mereka yang minat Park Bo-gum tentunya boleh mendapatkan Samsung s9 atau S9+ yang menampilkan feature ‘slow-mo’ dan juga ’emoji Augmented Realiti (AR) yang memang ‘comfirm’ best punya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI