Selepas bergelar ibu, pelakon dan usahawan Datin Intan Najuwa mengakui dirinya kini lebih berhati-hati dan peka.

Malah dia juga mengalami keresahan melampau terutama apabila perlu menaiki kenderaan bersama cahaya matanya, lebih-lebih lagi ketika bercuti.

Paranoid Melampau Bila Travel Dengan Anak, Intan Najuwa Luah Perasaan Sebagai Ibu Baru – “Beginilah Mak-Mak…”

“Tahap keresahan saya nak melancong dengan anak makin menaik.

“Bila naik kereta dan kapal terbang, semua saya paranoid. Paranoid melampau. Risau macam-macam benda,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.

Paranoid Melampau Bila Travel Dengan Anak, Intan Najuwa Luah Perasaan Sebagai Ibu Baru – “Beginilah Mak-Mak…” Paranoid Melampau Bila Travel Dengan Anak, Intan Najuwa Luah Perasaan Sebagai Ibu Baru – “Beginilah Mak-Mak…”

Ads

Malah, suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman turut memainkan peranan penting dalam menenangkan dirinya setiap kali perasaan risau itu muncul.

Paranoid Melampau Bila Travel Dengan Anak, Intan Najuwa Luah Perasaan Sebagai Ibu Baru – “Beginilah Mak-Mak…”

“Sampai suami suruh bertenang sikit. Beginilah jadi mak-mak ya.

Ads

“Mungkin saya perlu bertenang dan nikmati perjalanan ketika melancong. Tak perlu nak terlalu fikir sangat,” tambahnya lagi.

Netizen Faham, Anggap Ia Normal

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan sokongan moral dan menyifatkan perasaan yang dialami oleh Intan adalah sesuatu yang normal bagi seorang ibu baru.

“Lama-lama nanti awak akan jadi terbiasa. Jadi seronok pula nak bawa anak melancong. Good luck.”

Ads

“Faham sangat-sangat. Kita bila dah jadi mak ni memang akan kuat overthink risau anak itu ini. Tapi apa pun sentiasa berdoa supaya semua baik-baik sahaja.”

“Tak mengapa sayang, normal sahaja bila rasa macam tu. Ia bagus kerana akan jadi lebih hati-hati dengan persekitaran.”

“Tak mengapa ibu. Ikut sahaja perjalanannya. Tak cuba tak tahu. Anak pertamalah yang ajar kamu banyak perkara,” antara komen positif yang ditinggalkan netizen.

Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan Azraf pada 18 Ogos 2023 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Imane Lunara, yang dilahirkan pada 15 Disember lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI