Para Pembantu Rumah Beri Cadangan Bercuti Di Paris Lagi, Ini Jawapan ‘Puan Majikan’ Datin Rebecca

Share

Semalam, pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al Islam ada berkongsi foto throwback tiga pembantu rumahnya yang bercuti di Paris, dua tahun lalu.

Jelasnya menerusi Instagram, dia memaklumkan mereka meminta Rebecca untuk kembali bercuti di negara berkenaan, tetapi dijawab lucu ‘puan majikan’.

“My Helpers Ask me to go to Paris Again. i said,Noooo must find the money first to buy Balloons tickets to go Back Sarawak For Hari Raya this Year.

“Al MakLumla Kami Ramai,” tulisnya ringkas lalu menerima komen pelbagai netizen yang rata-ratanya memuji sikap Becca terhadap para pembantu rumahnya.

Untuk rekod, Becca yang sedia dikenali sebagai antara selebriti yang cukup rapat dengan para pembantu rumahnya, mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nor Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011.

Pasangan ini memiliki lima orang cahaya mata termasuk mengambil beberapa anak angkat.

Foto: Instagram Datin Rebecca

IKLAN