Anak bongsu aktor Bollywood Shah Rukh Khan, AbRam merupakan salah seorang selebriti cilik yang popular di media sosial. Manakan tidak, ayahnya seorang selebriti yang paling terkenal di India malah di dunia.

Namun, walaupun hidup dengan penuh glamour, Shah Rukh Khan (SRK) masih inginkan anak bongsunya AbRam yang kini berusia empat tahun bersekolah seperti kanak-kanak yang lain.

Paparazi Intai Anak SRK Di Sekolah

Disebabkan itu, SRK telah melarang paparazi atau media merakamkan gambar anaknya di sekolah.

Menurut India.com, SRK tidak mahu sebarang gambar anak bongsunya tersebar di media sosial ketika AbRam berada di sekolah.

AbRam yang kini sudah mula bersekolah di sebuah sekolah Dhirubhai Ambani International School di mana kebanyakkan selebriti cilik lain bersekolah di situ.

IKLAN

Sekolah itu menjadi pilihan pasangan selebriti di Mumbai kerana pengurusan sekolah sudah sedia maklum menjaga dengan ketat keselamatan murid-muridnya.

Menurut SRK, dia akan berusaha keras untuk memastikan anak bongsunya itu mempunyai kehidupan seperti pelajar yang lain.

Paparazi Intai Anak SRK Di Sekolah

IKLAN

Anak SRK juga telah menjadi tumpuan paparazi yang sanggup menunggu di luar sekolah untuk merakamkan gambar AbRam.

Menurut sumber, SRK tak mahu sesiapa merakamkan gambar anaknya di sekolah kerana tidak mahu anaknya itu berasa tertekan.

“Dia mahu anaknya bebas dan seronok di sekolah dengan kawan mereka.

 

“Lagipun, menurut SRK, paparazi sudah banyak merakam gambar AbRam dan kali ini biarlah dia rasa hidup bebas tanpa menjadi tumpuan kamera.

 

“Bagaimanapun, SRK tidak kisah jika wajah anaknya dirakam jika mereka berada di mana-mana majlis tetapi bukan di sekolah,” kata sumber itu.

SRK dan isteri, Gauri Khan berkahwin pada 25 Oktober 1991 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Aryan Khan, Suhana Khan dan Abram Khan.

IKLAN

Paparazi Intai Anak SRK Di Sekolah Paparazi Intai Anak SRK Di Sekolah

Paparazi Intai Anak SRK Di Sekolah

Paparazi Intai Anak SRK Di Sekolah

Sumber: India.com Foto : Instgram iamabramkhan

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI