“Papa Tak Nagis, Papa Kuat,” – Kandungan 14 Minggu Keguguran, Fizz Fairuz Reda

Share

“Papa reda,” demikian luahan hati pelakon Datuk Fizz Fairuz yang kehilangan anak keempatnya.

Difahamkan, kandungan  isterinya, Datin Almy Nadia telah meninggal dunia ketika berusia 14 minggu.

AL FATIHAH.. terima kasih allah bg kami 14mggu bersama baby ke4 saya dan @almynadiaofficial .. Allah lebih sayangkan kami anakku.

“Papa redha.. papa taknk nangis,sebab papa kuat.. amin.. semoga allah jaga kamu ye anakku.. al fatihah,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen,rakan selebriti dan peminat turut mengirimkan ucapan takziah buat pasangan itu atas pemergian anak mereka.

Terdahulu, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.

Foto : Instagram Fizz Fairuz

IKLAN