Ads

“Papa Sentiasa Menyokong…,” – Norman Hakim Bersyukur Maria Danisha Raih A Dalam Subjek Lemah SPM 2025, Sama Berdebar Tunggu Keputusan

Tahniah kepada anak bongsu kepada pelakon terkenal Norman Hakim dan Abby Abadi, iaitu Maria Danisha Hakim yang telah mencatatkan keputusan yang membanggakan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang diumumkan, baru-baru ini.

Lebih manis, Danisha, 18, berjaya meraih gred A bagi tiga mata pelajaran utama iaitu Matematik, Sains dan Sejarah hasil bimbingan platform pendidikan PTTI.

Pencapaian ini sekali gus membuktikan keberkesanan pembelajaran secara digital dalam membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik.

Menurut bapanya, Norman Hakim, kejayaan tersebut bukan sekadar angka dalam keputusan peperiksaan, tetapi melambangkan usaha gigih dan ketabahan anaknya sepanjang tempoh pembelajaran.

“Tahniah atas keputusan SPM 2025 yang sangat membanggakan. Setiap usaha, termasuk pengorbanan senyap yang mungkin tidak disedari sesiapa, akhirnya membuahkan hasil.

Papa nampak segala usaha dan kekuatan Danisha sepanjang perjalanan ini,” katanya.

Ads

Norman turut berkongsi detik mendebarkan ketika menemani anaknya menunggu keputusan diumumkan.

“Momen duduk bersama di hadapan skrin menunggu keputusan keluar itu sangat mendebarkan. Segala emosi, doa dan usaha berkumpul pada satu saat itu,” katanya lagi.

“Papa Sentiasa Menyokong…,” – Norman Hakim Bersyukur Maria Danisha Raih A Dalam Subjek Lemah SPM 2025, Sama Berdebar Tunggu Keputusan “Papa Sentiasa Menyokong…,” – Norman Hakim Bersyukur Maria Danisha Raih A Dalam Subjek Lemah SPM 2025, Sama Berdebar Tunggu Keputusan “Papa Sentiasa Menyokong…,” – Norman Hakim Bersyukur Maria Danisha Raih A Dalam Subjek Lemah SPM 2025, Sama Berdebar Tunggu Keputusan

Ads

Sokongan Keluarga

Dalam masa sama, Norman menzahirkan penghargaan kepada institusi pendidikan yang membantu membentuk disiplin serta perkembangan akademik Danisha, termasuk Abedeen Academy.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada PTTI Group serta tenaga pengajarnya yang berjaya membantu Danisha mengatasi kelemahan dalam subjek tertentu sehingga mampu memperoleh keputusan cemerlang.

“Terima kasih kerana membantu Danisha menukar subjek yang sebelum ini lemah menjadi kekuatan hingga berjaya meraih A. Itu bukan sesuatu yang mudah dan Papa sangat bangga,” katanya.

Ads

Norman turut menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap anaknya.

“Danisha tidak perlu memikul segalanya seorang diri. Perasaan dan usaha Danisha sangat bermakna. Papa akan sentiasa melihat, menyokong dan percaya padamu,” katanya lagi.

Kejayaan Maria Danisha Hakim ini sekali gus menjadi inspirasi kepada pelajar lain bahawa usaha konsisten, sokongan keluarga serta bimbingan yang tepat mampu membawa kepada kecemerlangan dalam akademik.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Kami Usaha Percepatkan…,” – Ahirine Ahirudin & Kekasih Rancang Kahwin Tahun...

Selepas lebih setahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon Ahirine Ahirudin kini merancang untuk melangkah ke fasa perkahwinan bersama pilihan hatinya yang juga bekas atlet berbasikal, Hafidz Hamid.
error: Hello. Cannot.