“Papa Dan Mama Love You,” – Eyra Hazali Selamat Bersalin Anak Sulung

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon Eyra Hazali yang telah pun selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Jumaat.

Berita itu dikongsikan suaminya yang juga penjaga gol JDT, Muhammad Haziq Nadzli menerusi Instagram.

Menzahirkan ucapan terima kasih buat semua atas doa, Haziq turut menyatakan rasa cinta buat isteri dan anak sulungnya.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada yang mendoakan. Terima kasih, sayang.

“Papa dan mama love you, MHQ,” tulis Haziq.

Sementara itu, Eyra turut memuat naik sepotong video pendek di Insta Stories lewat malam tadi.

Sebelum ini, Eyra atau nama sebenarnya, Hazirah Qasdina Hazali mendedahkan mereka bakal menimang anak lelaki menerusi sekeping foto baju bayi yang tertulis ‘It’s a boy’.

Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November tahun lalu di Masjid As Syakirin, KLCC Kuala Lumpur.

IKLAN