“Panjang Umur Kita Jumpa Lagi, Kalau Tak Insya-Allah Jumpa Di Syurga”- Noh Salleh, Mizz Nina Ke Syria Demi…

Share

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh dan isterinya, Mizz Nina telah ke Turki bagi memulakan misi Ramadan Cinta Syria Malaysia siri kedua.

Berita tersebut telah dimaklumkan bintang berkenaan menerusi Instagram, baru-baru ini.

Sambil berterima kasih kerana dia diberi kepercayaan untuk mengagihkan bantuan rakyat Malaysia kepada rakan seagama yang memerlukan di sekitar sempadan Turki iaitu rakyat Syria dan Lubnan, Noh turut meminta agar keberangkatan mereka selamat.

Difahamkan, misi tersebut berjalan sekitar 14 hari.

“Kami dh nak boarding menuju ke Turkey memulakan misi ramadhan @cintasyriamalaysia yang ke-2.

“Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mengagihkan bantuan anda kepada saudara kita yang memerlukan di sekitar boarder Turkey, dalam Syria dan Lubnan.

“Make sure korang follow follow aktiviti harian kami melalui instastory dan sebagainya so korang nampak kemana arah tuju bantuan yang korang sumbangkan.

“Doakan perjalanan 14 hari yang mendatang. Semoga panjang umur kita jumpa lagi ditanah Malaya. Kalau tak, إن شاء الله jumpa di syurga. Sayang korang!,” tulis Noh.

Pada masa sama, warga Syria yang kini bermastautin di Malaysia juga turut menjadi sebahagian dari mereka yang menghantar rombongan projek di KLIA.

Foto: Instagram Noh Salleh

IKLAN