“Pandangan Matanya Kabur Dan Demam Panas,” – Anggota Kumpulan Rabbani, Nazrul Azhar Dimasukkan Ke Hospital

Share

Menerusi laman media sosial Facebook penyanyi anggota kumpulan nasyid Rabbani, Azadan memaklumkan salah seorang anggotanya, Nazrul Azhar telah dimasukkan ke Hospital Selayang.

Azadan memaklumkan Nazrul dipercayai mengalami deman panas dan pandangan mata menjadi kabur akibat komplikasi dialisis darah.

Selain itu, Azadan memohon doa daripada peminat untuk mendoakan kesihatan Nazrul kembali sihat seperti sedia kala.

“Doakan anggota Rabbani Nazrul Azhar sekarang di hospital selayang akibat komplikasi dialisis darah pandangan matanya kabur dan demam panas.

“Moga disembuhkan sihat sedia kala,” tulisnya menerusi satu perkongsian di Facebook buat tatapan umum pada Selasa.

 

Melihat di ruangan komen entri tersebut, rata-rata peminat meluahkan rasa sedih apabila melihat kondisi kesihatan bintang terbabit seterusnya mendoakan agar kesihatannya segera pulih.

 

Foto: Facebook Azadan Rabbani

IKLAN