Pelakon, Tunku Hanis muat naik foto mengajak netizen agar membaca Al-Quran di laman Instagramnya, semalam.

Kisahnya, dia turut menyelitkan kisah hidupnya yang setia membaca satu Al-Quran selama 23 tahun dari zaman dia kecil hingga kini.

“Dah 23 tahun Al-Quran ini dengan saya, menemani saya kemana sahaja darilah sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah sampai lah hari ini.

“Bagilah, hadiahkan lah macam mana jenis pun, berlambak-lambak kat rumah tapi saya tetap akan baca yang ini sahaja. Haha! (Walaupun kepam).

“Berapa banyak kali baca habis baca habis hanya DIA sahaja yang tahu. One of my favorite things to do! Walaupun tak faham maksud tapi kita buat-buat faham! (faham sikit-sikit).

IKLAN

“Bottom line, bacalah Quran! Kalau tak pandai pergilah belajar! Jangan angkuh! Its never too late! Saya pun masih belajar & mahu terus belajar!

“Semoga post saya ni memberi manfaat kepada ramai orang,” tulisnya.

IKLAN

Susulan itu, ramai yang memuji entri Tunku Hanis tersebut.

“Pandai Pergilah Belajar!,” – Setia 23 Tahun Dengan Al-Quran Sama, Insaf Bila Tunku Hanis Ajak Netizen Belajar Mengaji, Jangan Angkuh! “Pandai Pergilah Belajar!,” – Setia 23 Tahun Dengan Al-Quran Sama, Insaf Bila Tunku Hanis Ajak Netizen Belajar Mengaji, Jangan Angkuh!

IKLAN

Namun, ada juga yang menasihatinya agar mengambil inisiatif untuk memahami isi kandungan Al-Quran itu dan tidak sekadar membacanya sahaja namun dibalas baik oleh pelakon drama Memori Cinta Suraya itu.

“Pandai Pergilah Belajar!,” – Setia 23 Tahun Dengan Al-Quran Sama, Insaf Bila Tunku Hanis Ajak Netizen Belajar Mengaji, Jangan Angkuh!

ALLAHU, bagusnya ada yang saling ingat-mengingati. Apa-apapun, insaf MH bila baca entri Tunku Hanis kali ini.

Foto/Instagram: Tunku Hanis

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI