“Pandai Berdiri, Panjat & Banyak Cakap,” – Yatt Hamzah Kongsi Perkembangan Anak Bongsu

Share

Pelakon Yatt Hamzah meluahkan rasa gembira kerana anaknya, Suci Hawa Zulaikha kini genap enam bulan.

Malah, Yatt turut berkongsi perkembangan terkini anaknnya itu.

“Tolong nasihatkan baby Hawa Please Aunticles semua..Dia baru 5 bln masa ni.

“Tapi asyik nak berdiri je.. Tak padan kecil lg. Alhamdulillah harini dia genap 6 bulan.

“So mohon semua yg tgk video ni bermurah hati utk hadiahkan Ucapan dan Doa buat baby Hawa sempena birthday dia ke 6 bulan ni,” kongsinya.

Yatt atau nama lengkapnya Haryati Hamzah gembira kerana anaknya membesar dengan sihat dan aktif.

“Her latest progress.. Dah pandai berdiri dan memanjat sejak 5 bulan. Banyak cakap x tahulah ikut siapa.

“Pandai gelak, mesra alam, mudah terhibur, murah senyuman manis dan sgt active. Alhamdulillah dia sihat. Syukur sgt. I am a happy mother,” tulisnya.

Terdahulu, Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 4 tahun, dan Suci Hayfa Medina,2 tahun dan  Suci Hawa Zulaikha, 6 bulan.

Yatt turut mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 8 tahun hasil perkahwinannya terdahulu dengan Abdul Mutalib Shukor.

Foto: Instagram Yatt Hamzah

IKLAN