Baru-baru ini, selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa ada menyuarakan rasa kesal apabila pengurusan sekolah anak sulungnya, Muhammad Bilal tidak membenarkan ibu bapa mengakses rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau anak-anak mereka.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Neelofa menjelaskan dia sebenarnya trauma selepas melihat banyak tragedi melibatkan anak kecil di taska yang tular di media sosial.
“Saya tahu perkara tersebut telah mencetuskan perdebatan di media sosial. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Apa yang saya luahkan itu hanyalah perkongsian daripada seorang ibu. Sama seperti ibu-ibu lain di luar sana.
“Walaupun bergelar selebriti, namum, apabila berkait soal keibubapaan, saya juga sama seperti anda semua. Saya hanya mahukan anak saya selamat.
“Sejak akhir-akhir ini, kita sangat trauma selepas melihat banyak video viral mengenai anak kecil di taska.
“Kalau lalu di media sosial, saya tak sanggup nak tengok. Saya minta agar perkara seperti itu dijauhkan daripada kita semua,” katanya kepada MH.
Isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu berkata sedemikian ketika ditemui majlis perlancaran produk Nealofar X Disney yang berlangsung di IOI Putrajaya pada Khamis.
Jelas Neelofa lagi, pihak taksa sepatutnya melihat perkara ini sebagai salah satu daya penarik sekiranya mereka menyediakan kemudahan tersebut
“Apa yang saya suarakan itu, walaupun ada yang boleh terima dan tidak, sepatutnya cctv itu boleh menjadi selling point dari sudut pandang pihak taska.
“Mereka boleh tawarkan kemudahan cctv itu untuk menarik perhatian lebih ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke taska tersebut,” ulasnya lagi.
Pada masa sama, Neelofa turut menafikan dirinya terlalu ‘demanding’ sebaliknya dia merasaka akses terhadap cctv ini sepatutnya dinormalisasikan.
“Saya bukan nak bangkitkan isu ada duit baru boleh ada akses cctv. Tidak. Cctv ini sepatutnya dinormalisasikan. Ia merupakan kemudahan yang sepatutnya ada.
“Namun, tetap harus disertakan dengan terma dan syarat. Tak boleh tengok sesuka hati
“Andai kata ibu bapa punyai akses cctv di taska, ibu bapa tidak akan sewenang-wenangnya menunding jari kepada pihak-pihak taska. Mereka juga tidak akan pening kepala,” katanya lagi.
Sementara itu, Neelofa akui teruja apabila jenama fesyen miliknya dapat sekali lagi berkolaborasi dengan syarikat animasi popular dunia, Disney.
Menurut Neelofa, sejak kecil, dia amat meminati permaisuri-permaisuri di dalam filem-filem animasi Disney dan menyifatkan kolaborasi ini ibarat mimpi jadi kenyataan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira mengakui berasa agak sedih apabila memaklumkan pembantu rumahnya kini terpaksa pulang ke negara asal demi menjaga ibunya yang sakit.
Jelas Erra, pembantu rumahnya itu akan pulang buat jangka masa yang agak lama dan ketiadaannya itu nanti pasti akan dirasai.
“Muti saya dah balik kampung. Cuti panjang sikit kali ni. hwaaarrr. TERASA ketiadaanya,” tulisnya.
Rasa sedih itu dikongsikan oleh ibu kepada seorang anak itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Erra turut mendedahkan dia amat menghargai setiap jasa pembantu rumahnya itu lebih-lebih lagi ketika menjaga anak dan juga ibunya.
“Muti terima kasih jaga saya, jaga Aleesya sama ibu dgn penuh kasih sayang. Kembali segera ke mari tau Muti. Saya doakan ibu kamu segera sembuh dan urusan semuanya baik-baik,” katanya.
Sementara itu, pelakon drama, Gerak Khas The Finale itu juga sempat menitipkan doa dan pesan semoga segala urusan pembantu rumahnya itu akan berjalan dengan lancar.
“Jimat-jimat belanja yaaa. Salam buat seisi keuarga juga saudara mara di kampung. jaga kesihatan. Jaga SOP tauuu.. love youuu
“Tayang bag tu sebab bag tu muti ngan @sharendrrazak belikan sempena harijadi hari tu. Sweetnyaaaaa diorang kan. thank you koranggg,” jelasnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji hubungan baik diantara majikan dan juga pembantu rumahnya itu selain turut menyifatkan Erra sebagai seorang yang amat bertimbang rasa.
Sumber: Instagram Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, nama pelakon Sharifah Sakinah mendapat perhatian sekali gus menjadi perbualan hangat di kalangan netizen selepas bintang itu merancang untuk meninggalkan tanah air.
Pendedahan tersebut dibuat pelakon terbabit menerusi program temubual, Hard To Heart yang dihoskan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi di samping berkongsi perkembangan terkininya.
Mengulas mengenai perkara itu, kakak kepada Sakinah yang juga penyampai radio Sharifah Shahirah menyokong apa sahaja tindakan Sakinah yang dirasakan baik untuk dirinya sendiri.
Meski turut rasa sedih, namun Shahirah mengakui apa yang dilakukan demi kebaikan diri dan status kesihatan pelakon Aku Yang Kau Gelar Isteri itu.
“Saya bukan tak sedih, tapi dia dah besar dan dia pun ada keluarganya sendiri. Begitu juga dengan saya. Semua sudah ada kehidupan masing-masing.
“Kalau dia buat keputusan untuk berpindah ke luar negara, tipu kalau saya tak sedih sebab Sakinah tidaklah seteruk seperti yang orang lain sangka.
“Saya yang jaga Sakinah daripada dia kecil dan dia seorang adik yang sangat baik, dengar kata.
“Saya teringat masa jaga dia dulu, dia seorang anak yang sangat bagus dan dia bukan jenis anak yang suka melawan mak ayah,” katanya kepada MH.
Shahirah pada masa sama turut menjelaskan, dia terbuka terhadap pilihan adiknya itu selagi tidak memberi impak yang tidak baik.
“Setiap apa keputusan yang dilakukannya, saya sebagai seorang kakak saya sentiasa memberi sokongan kepada dirinya.
“Harap dia kembali sembuh daripada penyakit yang dihidapnya itu,” katanya lagi.
Difahamkan, Sakinah mahu berbuat demikian bagi menjalani rawatan penyakit ‘Attention-Deficit Hyperactivity Disorder’ atau ADHD.
Terdahulu, Shiera ditemui pada malam kemuncak Konsert Digital Jelajah Suria di Warisan Hall Studio, Teluk Panglima Garang, Selangor, baru-baru ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pertandingan Miss World Malaysia 2024 telah melabuhkan tirai semalam apabila gadis berusia 24 tahun, Taanusiya Chetty dinobatkan sebagai pemenang baharu.Dalam majlis yang berlangsung di...