Categories: Uncategorized

‘Panas Ya, Nak Cendol?’ -Elfira Loy Usik Zayn Malik di Instagram

Share

Sekarang ini kalau dilihat cuaca memang panas membuatkan orang ramai terasa nak makan makanan ‘sejuk-sejuk’ sahaja.

Cuaca panas yang melanda tidak hanya di Malaysia malah sampai ke Hollywood sana, baru-baru ini, penyanyi, Zayn Malik ada muat naik satu gambar di laman Instagram miliknya mengenai keadaan  tersebut.

Namun apa yang menarik perhatian MH adalah apabila, pelakon, Elfira Loy yang meninggalkan komen kepada Zayn.

“Panas ya, nak cendol?” soalnya.

Tak habis lagi rupanya penangan ‘gadis cendol’ ini sampai Elfira pun boleh terjebak sama cuma ‘taste’ Elfira tinggi lah sikit. hehehe…

MH rasa mungkin Elfira cuma ingin bergurau, lagipun Zayn bukannya faham apa yang ditulis Elfira kan?

Tapi, kalau Elfira nak cuba masuk ‘line’ pun tak apa memandangkan hubungan Zayn dan kekasihnya, Gigi Hadid kini sudah berakhir.

Apa-apapun, MH terhibur dengan gurauan Elfira itu.

Sumber: IG Zayn

IKLAN