Fenomena Panama Dance mula tular di media sosial dan netizen mula menyahut cabaran #PanamaDanceChallenge dengan merakamkan video tarian masing-masing.

Lebih enam ribu video cabaran #PanamaDanceChallenge dimuat naik di Instagram sehingga kini dengan gelagat tersendiri mengikut tarian asal video lagu itu. Hashtag panama juga telah digunakan lebih dari 10 ribu.

Lagu yang sedang mencipta gelombang viral ini bukan sahaja mendapat sambutan kanak-kanak malah dewasa dan selebriti antarabangsa.

Manakala, di YouTube lagu Panama yang dinyayikan oleh Matteo yang dimuat naik di Youtube sejak tahun 2013 sudah mendapat lebih 42 juta tontonan di seluruh dunia setakat ini.

Tetapi ia menjadi popular di Korea Selatan selepas disampaikan oleh artis K-pop seperti Bora SISTAR dan Sungyeol INFINATE dalam program televisyen terkenal Korea, Laws of the Jungle in Panama.

IKLAN

Di Indonesia juga menjadi viral setelah ramai remaja mula menari mengikut rentak lagu itu dan memuat naik di media sosial masing-masing dengan hastag #PanamaDanceChallenge.

Selain daripada selebriti yang turut menaikan lagu ini, banyak yang menganggap viralnya Panama juga kerana lirik lagunya yang berentak rancak yang membolehkan pendengar turut bergoyang!

IKLAN

Selain itu lagu ini juga digunakan untuk senamrobik dan menggunakan langkah yang mudah mengikut rentak lagu itu.

Okay, kita ada tarian lagu viral baharu yang mungkin bakal menggantikan populariti baby shark, Gwiyomi dan Pen Pineapple Apple Pen (PPAP) . Jom tengok beberapa versi tarian yang menghiburkan ini :

IKLAN

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI