“Paling Tak Boleh Terima Yang Letak Sabun Basuh Pinggan Untuk Basuh Tangan,” – Betty Rahmad

Share

Baru-baru ini, pelakon Betty Rahmad ada mengutarakan pendapat di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan, ibu kepada seorang cahaya mata itu akui rasa tak senang dengan sikap peniaga kedai yang sambil lewa dan tidak bertanggungjawab.

“Indahnya hidup kalau semua restaurant sediakan macamni. Berjenis-jenis handwash ada customer mesti happy gila nak basuh tangan.

“Oklah fine, kalau tak boleh buat macamni letak 1 jenis pun dah cukup bahagia customer.

“Paling tak boleh terima yang letak sabun basuh pinggan untuk basuh tangan. Kalau nak jimat lagi tambah air!

“Adui customer nak basuh tangan bukan basuh pinggan. Korang setuju tak? Atau i sorang je yang rasa macamni?,” tulisnya.

Lalu, perkongsian tersebut pendapat komen pelbagai dari peminat.

Sekadar informasi, Betty mendirikan rumah tangga bersama Ardy Damis pada 15 Oktober 2017.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ardy Wira, setahun.

Foto: Instagram Betty Rahmad

IKLAN