Baru-baru ini, pelakon Betty Rahmad ada mengutarakan pendapat di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, ibu kepada seorang cahaya mata itu akui rasa tak senang dengan sikap peniaga kedai yang sambil lewa dan tidak bertanggungjawab.
“Indahnya hidup kalau semua restaurant sediakan macamni. Berjenis-jenis handwash ada customer mesti happy gila nak basuh tangan.
“Oklah fine, kalau tak boleh buat macamni letak 1 jenis pun dah cukup bahagia customer.
Ads
“Paling tak boleh terima yang letak sabun basuh pinggan untuk basuh tangan. Kalau nak jimat lagi tambah air!
“Adui customer nak basuh tangan bukan basuh pinggan. Korang setuju tak? Atau i sorang je yang rasa macamni?,” tulisnya.
Tahniah buat pelakon, Fasha Sandha yang sudah mengesahkan dirinya hamil. Bagaimanapun, bintang ini tidak akan berkongsi usia kandungannya.
Berikutan hal itu, pemilik nama lengkap Nur Fasha Sandha Hassan ini menjelaskan, pengalaman keguguran pada Jun lalu membuatkan dirinya masih fobia.
“Maaf, sama seperti dulu, saya masih tidak mahu komen mengenai usia kehamilan saya. Minta peminat doakan yang baik-baik.
“Pengalaman beberapa kali pernah keguguran dulu membuatkan saya kurang bercakap mengenai perkara ini. Saya masih fobia atas pengalaman lalu.
“Apa pun, terima kasih kerana ramai yang mendoakan saya dan suami cepat dikurniakan anak,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Justeru, ibu kepada dua cahaya mata itu juga sedang berehat daripada terbabit dalam mana-mana penggambaran naskhah drama.
“Saya sedang berehat seketika daripada berlakon dan hanya fokus dalam komitmen untuk promosi drama dan sebagai duta,” katanya lagi.
Terdahulu, aktres berusia 35 tahun itu ada berkongsi berita kehamilannya pada Mei, sejurus mendirikan rumah tangga dengan aktor, Aidil Aziz Mac lalu.
Namun, Fasha dilaporkan mengalami keguguran beberapa minggu selepas pengumuman tersebut dibuat.
Sekali lagi, Fasha dikhabarkan hamil November lalu. Bagaimanapun, tetap dengan pendirian untuk tidak berkongsi lebih, sebaliknya meminta peminat untuk mendoakan yang baik-baik.
Menerusi perkahwinan pertamanya, Fasha dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 5, menerusi perkahwinan terdahulu.
Sumber/Foto: Harian Metro, Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tiket Anugerah Juara Lagu 34 (AJL 34) yang telah mula dijual sejak 9 Januari 2020 lalu, sudah hampir habis terjual!
Kini hanya tinggal tiket Aras 4 yang berharga RM30 sahaja yang masih ditawarkan. Tiket Arena bagaimanapun difahamkan telah habis dijual dalam masa 24 jam sejak diwar-warkan, sementara Aras 3 pula habis terjual dalam masa satu minggu.
Sementara itu, penjualan tiket semakin rancak ketika Showcase AJL 34 yang diadakan di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana pada 18 Januari lalu.
Kehebatan kesemua finalis AJL 34 pada malam itu memang tidak dapat disangsikan lagi apabila lebih 1,500 pengunjung masih tetap tidak berganjak daripada tempat duduk mereka walaupun hujan lebat serta guruh berkumandang
Mereka tetap setia memberi sokongan dan berhibur bersama Aina Abdul, Hazama The Panglipurlara, Hafiz Suip, Naim Daniel, Bob Yusof, Haqiem Rusly, Ernie Zakri, Aman Ra, Akim and The Majistret, dan Kugiran Masdo.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak, pihaknya teruja penerimaan peminat yang amat menggalakkan ini.
“Pengunjung yang hadir pada hari showcase tersebut memang tidak dijangka dan ini membuktikan bahawa Anugerah Juara Lagu masih relevan dalam industri hiburan tanah air.
“Sememangnya anugerah berprestij seperti AJL ini dinanti-nantikan oleh para audien dan juga karyawan muzik tanah air. Tema kali ini amat menarik dan unik iaitu warna-warna suara di mana kita akan meraikan pelbagai jenis dan akrobatik suara penyanyi-penyanyi tanah air.
“AJL 34 kali ini akan membuka tirai dengan persembahan himpunan pemenang-pemenang Anugerah Vokal Terbaik AJL seperti Liza Hanim, Misha Omar, Adibah Noor, Jaclyn Victor dan ramai lagi. Mereka ini merupakan pemenang Anugerah Vokal Terbaik AJL sejak kategori ini diperkenalkan pada tahun 2002.
“Persembahan interlude dan penutup AJL 34 ini juga menghimpunkan penyanyi-penyanyi hebat seperti Datuk Sheila Majid, M. Nasir, Ameng, Dato’ Hattan, dan ramai lagi.
“Semestinya AJL 34 ini akan memberikan sebuah pengalaman yang akan membuat audien meremang bulu roma dan menjadikannya sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan.” tambahnya lagi.
AJL 34 turut mendapat sokongan McDonald’s selaku penaja utama yang akan “Meriahkan Anugerah Juara Lagu sambil menikmati Hidangan Famili Mekdi.” dan juga rakan penaja Aplikasi Setel, aplikasi e-pembayaran petrol pertama di Malaysia.
Ia juga disokong oleh rakan penaja Celcom Xpax, “Layan Internet sepuas hati untuk semua yang anda suka. Hidup tanpa had dengan Celcom Xpax.
Jangan ketinggalan untuk merasai kehangatan Anugerah Juara Lagu 34 secara langsung di Arena Axiata , Bukit Jalil dengan mendapatkan tiket AJL 34 di myticket.asia sebelum kehabisan tiket.
Buat para peminat yang tidak berkesempatan untuk hadir ke stadium, mereka boleh menonton AJL34 melalui strim langsung HD di laman tonton.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 April ini telah menggugurkan tiga kategori iaitu Program Radio Meletop, Penyampai Radio Meletop dan Artis Lawak Meletop.
Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro Raqim Ahmad berkata, pengguguran tiga kategori tersebut adalah untuk memberi laluan kepada tiga kategori baru yang diwujudkan iaitu Artis Versatil Meletop, Influencer Meletop dan Top Top Meletop (berkumpulan/duo).
Sementara itu, Nabil Ahmad selaku hos program tersebut ada pendapatnya tersendiri apabila kategori Artis Lawak Meletop digugurkan.
Jelasnya, bakat-bakat pelawak kini semakin menyerlah kerana mereka tidak hanya tertumpu pada bidang melawak, sebaliknya mereka telah menunjukkan bakat dalam bidang lain.
“Bagi saya, mereka (pihak produksi) yang telah menggantikan Kategori Artis Lawak Meletop kepada Kategori Artis Versatil Meletop itu masuk akal juga kerana kita dapat lihat sekarang ini kebanyakan pelawak sudah menceburi pelbagai bidang seperti menyanyi, mengacara, penyampai radio dan pelakon.
“Mereka sudah ada dalam kategori tersebut. Tambahan pula, sekarang ini dah tahun 2020,” kata Nabil.
Hos Gegar Vaganza ini ditemui pada sidang media Anugerah Meletop Era 2020 di Petaling Jaya pada Rabu.
Dalam masa sama, Nabil menganggap bahawa pelawak kini lebih versatil dalam pelbagai cabang seni.
“Mungkin akan ada percanggahan apabila ada dua kategori iaitu Artis Lawak Meletop dan Kategori Artis Versatil Meletop, kerana kita sudah nampak bakat-bakat pelawak ini kebanyakkannya sudah mula berkembang.
“Mungkin AME nak selesaikan masalah ini dan letak dalam satu kategori sahaja iaitu Artis Versatil Meletop,” jelas Nabil.
Bertemakan Yang Epik,Yang Legend, AME 2020 masih menampilkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara.
Selain tiga kategori baru, kategori lain adalah Lagu Meletop Era, Penyanyi Meletop Era, Grup/Duo Meletop Era, Filem Meletop, Bintang Filem Meletop, Drama Meletop, Program Meletop, Pelakon Meletop, Hos Meletop, Artis Baharu Meletop, Couple Meletop, Fesyen Meletop dan Si Cilik Meletop.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...