“Paling Sakit Ujian Melibatkan Hati Dan Perasaan,” – Kapsyen Lisdawati Buat Ramai Bertanya…

Share

Pelakon Lisdawati ada berkongsi cerita perihal dirinya bersama peminat di laman media sosial Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan, pelakon berusia 41 tahun ini ada memberi perkongsian mengenai hidup.

Malah, isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi ini ada bertanyakan pendapat mengenai perkara tersebut bersama pengikutnya.

“Setiap hari kita akan diuji. Adakah kita mampu utk menghadapinya. Paling sakit ujian melibatkan hati dan perasaan.

“Ramai org ada masalah komunikasi dlm keluarga…Persoalannya…

“Adakah perlu kita diam, makan hati atau bersemuka utk leraikan kekusutan?

“Apakah satu kesalahan itu kita diam, tak perlu tegur utk jaga hati atau kita tegur juga dgn cara terbaik supaya dia perbetulkan kesilapan?#hatilukadankecewa#akutaksempurna#mencarijalanpulang,” tulisnya.

Lalu, rata-rata peminat ada memberi pandangan sendiri terhadap status yang dikongsikan pelakon terbabit.

Sekadar informasi, Lisdawati mendirikan rumah tangga bersama Fauzi Nawawi pada 9 September 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Foto: Instagram Lisdawati

IKLAN