“Paling Kesian Bila Dia Sakit Tentu Nak Kita, Asyik Cakap Nak ‘Tek’, Tapi…,” – Anak Alami Batuk, Ozlynn Pula Demam Panas!

Share

Awal semalam, pelakom Ozlynn Watie ada berkongsi video pendek yang merakamkan anak bongsunya, Nur Latifah Moleiq Hanania mengalami batuk dan sedang mendapatkan rawatan.

Malah lebih menyedihkan, Ozlynn juga turut memaklumkan dirinya diserang demam panas hingga memberi kesan buatnya untuk menjaga anak yang sedang tidak sihat.

“Mama demam panas dia lak batuk teruk. paling sian bila dia sakit tentu dia nak kita. asik nangis nak “tek”, tp kita demam.dlm masa yg sama kita keje.

“Korang pernah x kena demam yg urat semua sakit, pastu tekak bengkak. skrg tgh kena.. doakan kami moga sembuh yek,” pinta Ozlynn.

Lalu menerusi ruangan komen, para peminat turut mendoakan kesejahteraan terhadap dua beranak ini selain beroada agar kanak-kanak itu segera sembuh.

Foto: Instagram Ozlynn Watie

IKLAN